Wednesday, July 23, 2014

untuk siapa?

salam alayk :)

gembira cik beruang kutub kembali :) die je yg baca. haha. thank u syg.

oh menginjak usia ni... kata mudah makin tua. :p makin banyak fikir setiap satu perkara yang aku lalui. hurm acah2 perdana menteri. sedar tak sedar dah nk habis belajar. Alhamdulillah. moga Allah permudahkan urusanku juga kamu. makin banyak fikir tu bukannya apa... banyak hikmah dan nikmah yang aku nampak dan rasa bila menjangkau usia belia remaja.. eh ada ke? tak kesah la... tapi betul... dulu tahun berganti tahun buat tak heran je. yang tau makin tua. banyak cita2 nk kejar. tak hirau dunia lain. orang lain. hirau ruang lingkup sendiri je. sibuk nak banding nikmat org dgn nikmat kita. maksud aku diri aku la. tak reti bersyukur.

makin jauh berjalan. makin banyak aku kenal orang. makin terbuka fikiran ni. Alhamdulillah. sekurang-kurangnya tak la aku jd cik katak dalam tempurung. takut?mestilah takut. makin banyak aku belajar makin banyak aku tahu mana lompong yang perlu aku tutup baik2.. simen baik2 biar licin dan cantik. nak gambarkan hidup kita la. kalau lompong2 je banyak.. jalan pun tak best. silap hari bulan luka kan..? kalau licin je,, selalu kita simen, tutup lompong yg ada.. barulah licin je.. molek je kan. mcm tu jgk hidup. mmgla hidup ni tak sempurna selalu. tapi kalau dah ada ruang nk baiki apa salahnya pegang peluang tu kemas2. aku menyesal baru sekarang pulih dari buta. syukur sekurang-kurangnya sebelum tutup mata aku nampak jugak.

apa yang aku buat sekarang ni bukan sehari je. banyak hari fikir. hadam. fikir lagi. hadam lagi. dah buat. kena kutuk. tarik diri balik. dah buat kengkonon azam kuat. kena goda sikit. habis semua. patutla Dr. Anwar Fazal ckp nak stay dlm perang istiqomah ni payah. masuk senang je. nak stay dan pastikan diri terus hidup dalam perang tu yg payah. bohongla tak jatuh. aku ni banyak kali jatuh. siap golek2 lagi. siap luka2 lagi. tapi tak la hebat mcm org lain citernya. dgn kawan2 kena aku hadapi dulu. dengan keluarga takpe lagi. kurang2 diorg tahu aku buat untuk diri aku. mak ayah. dunia akhirat. tp dgn kawan2. payah? memang payah. kadang aku yg syaiton lebih. bayangkan kawan2 ajak teman p suka ria kat mana2. aku la yg plg gnjil. aku tahu diorg malu. tp kata ukhuwah fillah.. hadaplah diorg bawak mek pelik ni ikut diorg. aku syukur diorg tak kisah lepas diorg faham apa yg aku cuba buat. aku bukan org yg drastik sound org kalau bnda tu slh. akulah yg plg tkut nk buat mcm tu sbb org melihat aku dan menghakimi aku. kawan2 la yg tgk aku nangis mcm pemenang anugerah pelakon wanita terbaik. hekhek. diorg meredakan. diorang bagi semangat. ada je kata kat aku kenapa kawan dgn org yg xselevel dgn kau? Allah... siapa aku nk judge org selevel ke tak. belum tntu kalau kita sarung burqa sekalipun kita ni tak buat salah. remember? manusia serba kurang. tak sempurna.

pernah satu ketika time aku jatuh golek2... kawan tlg bngunkan. kawan tlg rawatkan. dia tembak aku. tembak aku dgn soalan yg buat aku sedar untuk apa aku buat semua ni. aku taklah macam sesetengah yg dipilih Allah dpt mimpi la ape la..senang cerita hidayah Allah yg maha Hebat.. tak.. aku tak mcm tu. aku merangkak.. aku bertatih.. terkapai-kapai jugak. tp ada ustaz ada ustazah yg sllu tlg. Alhamdulillah. ada kawan yg gila2 tp kuat tolak aku dr belakang. ada keluarga yg hebat tuntun aku setiap saat. plg aku igt kawan aku tya. untuk siapa kau buat semua ni. pakai benda alah ni. labuh2. tebal2. tak panas ke. tak rimas? aku masa tu tak tahu nak jawab ape. takkan nak jawab aku dpt mimpi.. aku dpt hidayah Allah menerusi blablabla. itu kan peribadi. sangat peribadi. aku mampu senyum je walaupun masa tu rasa nak nangis. nasib igt kata2 ustaz hensem :p waktu koko dulu. awk kena kuat. apa jd pun kena kuat. alaa ustaz tu bkn skendel pun. die ckp mcm tu sbb mse tu ckp psl topik istiqomah. kadang bila rasa mcm nk berhenti je pastu jalan keluar dr perang tu. hidup mcm dulu. tp ustazah ckp sllu titip doa moga kita ini kunci bg kedua org tua kita ke syurga. dah mcm mne nk jd kunci tu kalau smua yg wajib aku tak buat. bila kali terunggul aku kne tembak soalan sama. maka dgn rendah diri aku cerita semua ni. sambil nangis. tak tipu.

berjela pulak aku bebel kan? ahh biarlah. aku sendiri sampai sekarang masih cari hidayah Allah. redha Allah. redha mak ayah kita. penting tu. kalau takde mna la boleh sado nk bentuk diri jd makin baik. bohongla xde kesedaran yg tebal dlm hati tetiba istiqomah je nk jd baik. bohong. kesedaran tu kena cari. tok kata sekeliling kita kena pandang. sbb tu Allah kurnia pancaindera. bukan tgk kpop saje ye. bukan layan lagu afgan semata-mata. bukan hidu perfume bodyshop selalu. tapi guna untuk lihat dengar bau sekeliling kita. baru akal nk fikir telusnya. benarnya. logiknya. baru hati ni ditarbiyah sikit. tak la aku kata setiap detik. susah tu. aku pun tak boleh buat. tapi pelan2. aku pun kadang sesat jauuhhh jgk. tp bila kita biasa kan dgn bnda2 yg baik insyaAllah Allah tlg. Allah tiupkan dlm hati kita sehalus-halus rasa untuk kita fikir walaupun sedetik. usaha kena jugak. jgn tak usaha. bila tak usaha sesat mcm aku. tunggu tehantuk tergolek parah baru nk cr sejadah... baru nk nangis hiba. Allah buruknya aku ni. kalau saat ni malaikat maaut jemput aku.. syurga tu belum tntu tmpt aku. dosa bertingkek-tingkek. mntk ampunnya jarang. Allah.

aku buat entri ni bukan untuk sapa-sapa melainkan hanya diri aku sendiri. ini sekadar mentarbiyah hati aku yg byk noda hitam. kalau yg baca rasa ada manfaat Alhamdulillah aku panjatkan. aku buat entri ni dgn lapang dada untuk bawak pergi resah aku yg dah banyak hari bersarang. sekurang2nya nanti bila bukak balik dpt la jernihkan hati dan fikiran aku yg mgkin berhabuk kan... moga Allah permudahkan urusan kalian. moga Allah beri kita kekuatan untuk menghadapi ujiannya. salam alayk.

Friday, June 27, 2014

duka.

assalamualaikum. moga siapa pun yg membaca dilimpahi rahmat Allah.
 hari ni hampir dua minggu aku duka. duka dengan macam-macam perkara. oh salah. duka kerana aku jauh dari Allah.. itu lebih tepat. lumrah manusia macam aku bila diuji baru nak sentak. baru nak menggogoi mohon ampun pada Allah. baru nak sedih berdoa pada Allah. aku akui itu.

kawan.
soal kawan paling banyak buat aku duka. Allahu... kalau aku tak luah dalam ni memang tak tenang nak study. minggu kritikal sebab aku tengah periksa akhir semester tahun akhir pengajian. see. aku memang macam ni. menangis dah puas. mengadu dah puas. tapi kena luahkan macam ni baru puas. sebab satu hari nanti bila aku selak balik halaman ni. aku tahu khilaf aku. at least i'm not going to do the same mistake kan?

kawan sakit.
aku kenal dia lama. aku ikuti senyap-senyap. dia baik. peramah. selalu kongsi yang bermanfaat. aku akui rugi kalau tak kenal dia. syukur sekurang-kurangnya walaupun tak rapat tapi pernah bertegur sapa. dia kemalangan lepas balik umrah. langgar lori. tapi Allah pelihara wajahnya yang tenang dari sebarang luka. tapi dia koma sebab cedera teruk. sedih. aku sendiri keliru dengan apa yg aku rasa. tak kenal mana tapi perasaan nak hebat je. Allah bagi. aku redha. tapi aku takut dia pergi. mungkin sebab aku ingat dia wajah yang muncul dalam mimpi aku kot. dongeng sangat kan? aku sedih takut hilang kawan. macam kawan2 dulu yg pergi dengan cara yang sama. sedih dan pedih. aku minta dia sembuh lepas tu aku nak hilangkan diri. taknak fikir pasal dia. sakit. moga Allah beri kesembuhan padamu. kesian anak angkatmu. kesian anak saudaramu. mereka doa dan doa untuk kesembuhanmu. kuat la.. bangun. aku tahu kau kuat. Allah kuat kan mereka.. kuatkan dia. beri kesembuhan untuk dia. bangun la.

kawan emosi.
kawan emosi buat aku sakit. semester lepas perangai macam ni buat kami bergaduh. aku tak suka bergaduh. tak suka. tapi kau tak pernah kisah. aku cuba faham. setiap kali itulah aku cuba jernehkan semua benda. aku tak kisah. aku ikhlas. mengungkit? bukan.. tapi sebab aku sayng kau. aku kawan kerana Allah. tapi kau tak pernah peduli. takpe aku redha. lahiriah kau memang emosi. kau tak mampu kawal emosi kau hingga membabi buta kau syak yang bukan-bukan. jadi mangsa aku. tak pe... ingat lagi maal hijrah lalu. waktu aku peluk kau usai aku mohon maaf? aku tanyakan pada kau sebab kau buat aku macam tu. sebab kau beku je. sebab kau tak bercakap dengan aku. senang. sebab kau dera emosi aku. kau jawab mudah. kau jawab kau tak sedar. kau jawab kau terbawa-bawa emosi kau yang tak menentu. kau tak pasti kenapa kau buat macam tu. kawan sayang. buta hatikah aku ini boleh terima alasan kau. sedang aku emosi sakit memikirkan asbab jadi macam ni. jawaban kau mudah. ringkas. cukup ringkas. tahun baru itu aku jadikan laluan baru moga tak bertelagah lagi. tapi aku silap. kau ulang lagi. sebab aku tahu kau macam tu. maka aku buat perkara yang sama. kau boleh buat macam aku yang salah beneran. tak mengapa. aku faham aku redha. tapi kali ini mungkin kesabaran aku tak mampu aku pujuk lagi. benda sama kau buat. Allah. pedih dan sakit kau tahu. tak. kau tak tahu bahkan takkan inginmengerti. tapi tak mengapa. huluran maaf aku itu ikhlas dari hati. aku tak ingin ramdhan kali ini tercemar dgn tingkah kita. tapi mampukah aku jadi macam dulu. kawan lain sibuk puji aku kuat sebab mampu seperti biasa lagaknya, mereka salah. salah. aku ini lemah. selemah lemahnya. biarlah,. aku mulai redha jika ini Allah aturkan untuk aku dan kau. moga Allah permudahkan. kuatkan hati aku. moga kau bahagia, doa aku jangan lagi jadi perkara sama pada orang lain. pada aku tak mengapa kerana aku mengerti, satu aku mohon.. matanglah... fikir sedalamnya sebelum kau buat seusatu.

kawan ???
yang ini aku tak mampu nak labelkan. label itu mungkin kejam. aku bukan ingin memburukkan mu sebagaimana kau burukkan aku depan yg lain dibelakang aku. aku tahu aku tak buat macam tu. ada saksi. teman lain tahu. cerita kau buat aku sedih sebab depan aku kau baik. belakang aku kau menyedihkan. aku tak mampu cakap banyak.. tak mampu fikir lagi sebab aku mulai redha dengan hal ni. satu aku doa. agar Allah pelihara kau dari segala perkara yang pernah kau buat pada aku juga yang lain. itu sahaja. sehingga sekarang aku masih sakit. paksa diri konon tidak apa-apa.

fikir...
aku terfikir apakah saat aku sakit. saat aku diuji bahkan mungkin di ambang kematian kalian yang aku sayang. sahabt sekalian mampu ada untuk aku. mampu ada beri aku semangat. keluarga tak usah bimbang. saat aku macam ni mereka yang meniupkan semangat tanpa putus asa. mereka ingatkan aku untuk kuat dan berdoa tanpa jemu. aku tak pasti tentang hakikat itu. tapi aku ingin Allah pelihara kalian. rahmati kalian. saat kalian susah. aku akan cuba ada dan mengerti. sekalipun dari jauh. doa aku tak pernah putus. biar aku sendiri yg tahu. simpan dalam dalam. senyap senyap.

Allah kuatkan aku. beri kesembuhan padanya. permudahkan urusan kami. rahmati dan berkati kedua org tuaku, keluargaku, guruku serta muslimin dan muslimat sekalian. Allahumma Ameenn..

nangis diam-diam bawa duka pergi.