assalamualaikum...
lama sangat tak menaip di laman tersayang... :)
Alhamdulillah ada juga ruang waktu yer...selama ni buka juga laman ni cuma sekadar membaca nukilan orang lain...sedang giat meng-khatamkan khazanah yang banyak bahagiannya di laman Encik AT...juling mata tau :)
baik hari ini sempat juga la menjengah ke laman fb cik snr kan....agak lama juga...bukan apa ,rasa macam takde seri dah kat fb tuh (erk :P )....tengah mata melilau membaca post2 manusia di dalam tu tetiba terpandang satu entry yang rasanya macam ditujukan untuk cik snr...mungkin perasaan cik snr je tp sebelum ni memang terjadi...dan Alhamdulillah selesai cuma kini seperti terjadi kembali...cik snr tak nampak di mana silap nya sampai perlu merebak begitu teruk...itu hak cik tersebut nak mengekspresikan apa dia rasa kan..tapi perlu kah begitu caranya...bagi cik snr pendam atau berdepan..itu lebih baik...mungkin terguris hati tetapi tidaklah sampai tersebar ke orang ramai dan mendatangkan rasa malu kan?
dalam komen2 di post nye tuh ada la terselit ayat yang dia nak orang tersebut berubah..dia tidak perlu orang yang tidak menghargai hati dia dan persahabatan yang terjalin..dia ingin orang itu berubah mengikut rasa hati dia....wahh parah kalau macam ni...baik...abaikan entry yang cik tersebut tulis untuk siapa sebenarnya...tetapi di sini,dari apa yang tertulis dapat jugak kita fikir-fikir dan renung-renung hikmah nya kan...
seperti yang dinyatakan cik tersebut,dia inginkan teman nya itu menjaga hatinya,menghargainya dan berubah menjadi seperti apa yang diimpikan...aduhai teman,kalau di alam magika boleh la nak mintak atau wish2 orang macam tu kan..alamatnya memang tak wujud konflik hidup dan takde pengalaman manis dan pahit...cik snr tertanya-tanya,mengapa perlu kita menginginkan seseorang itu berubah mengikut apa yang diinginkan hati kita sedangkan diri kita tidak diasuh berubah menjadi lebih baik...kenapa perlu kita meminta dari seseorang sedang kita tidak pernah cuba memberi sebaik mungkin?kenapa perlu orang itu menjadi lebih baik sedangkan kita tertinggal di belakang dan hanyut?
bukankah lebih manis jika kita yang mula mengasuh hati dan diri ke arah lebih baik...memberi yg terbaik sebelum orang memberi kepada kita...merasa sakit dahulu sebelum mereka yang rasa...?sesetengah orang gemar berfikir dalam arus bahawa hati mereka lebih wajar dijaga berbanding orang lain...dalam sesetengah perkara wajib kita menjaga hati kita dari terluka tetapi kalau hal2 seperti cik tadi tu amatlah kebudak-budakkan bagi cik snr...bukan apa...cuba jadi matang sikit...erk bukanla nak kata cik snr matang sangat kan...dalam keadaan tertentu kita perlu berfikir matang...lebih baik jika kita memikirkan apa yang dirasa oleh pihak sana sebelum kita berbuat sesuatu...kadang-kadang cik tersebut dengan jujur dan ikhlas mengaku sengaja published macam tu sebab nak tengok cik snr ni terasa ke tak,alert ke tak...tanpa rasa bersalah...bagi cik snr tak mengapalah...mungkin salah ya dari cik snr...jadi maaf dari cik snr...
walaupun sebab tindakan itu terzahir hanya kerana cik snr ada halangan untuk hadir ke undangannya atau tidak membalas sms darinya...Ya Allah mungkin ini ujian utk cik snr kan...
walau apa pun,cik snr rasa lebih wajar kalau kita sentiasa fikir apa rasa orang dari tindakan yang bakal kita ambil,sentiasa cuba menjadikan diri kita ini insan terbaik yang hadir dalam hidup mereka,sentiasa cuba mengasuh hati dan diri ke arah lebih baik dan yang paling penting menjadi seorang yang tak pernah segan memberi dari mengharap orang memberi...
p/s : itu sekadar pendapat dari penglaman...
xtra : dalam mood yang sangat berwaspada dan sabar agar tidak terhambur amarah pada cik tersebut... :) bukankah sabar juga ada batas...bukankah akal dikurniakan kepada kita utk diguna sebaik mungkin...
super xtra : semoga cik snr dan teman-teman tersayang menjadi insan yang lebih baik dr kelmarin :)
No comments:
Post a Comment