assalamualaikum..
penat membelek buku yang nak di share kan isi nye :P propa sungguh..ok2..mari pembaca2 sekalian..cik siti petik dari buku :
AYAT2 MOTIVASI BERDAYA LEDAK LUAR BIASA DAHSYAT(buku ni hasil terjemahan dr indonesia...jd paham2 la kenapa pelik sgt ayat nye ),
halaman 15,bab 1~ALLAH AZZA WA JALLA
"dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri(dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah,nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani."(SURAH AL-NISA : 110)
~Tiada manusia yg sempurna kecuali Rasulullah.Begitulah kata2 yang dipetik dari KH Abdul Wahid Sirajuddin Al-Masri dalam Buletin Mazhabuna edisi lV 2009.
~Jika kita lihat kembali dalam sejarah terciptanya manusia pertama iaitu nabiyullah Adam,manusia diciptakan Allah dari tanah.jika dilihat dari aspek atau ciri2 tanah,jelas bahawa tanah kelihatan kotor.
~Lihat pula dari aspek manusia,manusia akan tetap kotor yakni bergelumang dgn dosa dan kesalahan yang tiada terhitung..besar atau kecil...
~Caranya dengan bertaubat dengan bersungguh-sungguh kepada Allah,tidak lagi mengulangi kesalahan lalu dan meninggalkan kegiatan yang menjadi pendorong kita untuk terus berada di lembah dosa.ini kerana sesungguhnya Allah itu Maha pengampun dan Maha Penyayang.
----------------------------------------------------------
sesungguh kita ini manusia yg serba lemah,jadi bila ditimpa musibah kepada Allah kita mengadu...berdoa...tapi jika dilihat sekarang sebaliknya berlaku...tidak ikhlas menerima cubaan Allah bahkan lebih teruk lagi ada yang mencari alternatif keluar dari permasalahan yang menimpa dgn cara salah...Masyaaallah...
cik siti pun selalu bergelumang dgn dosa,sedar mahupun tidak..jadi ayuh sama-sama kembali tautkan hati kita pada Allah...
nota kaki : mood mcm pelangi...
xtra : akan lebih gigih berkongsi maklumat ilmiah...
super xtra : maaf jika salah..tolong betulkan...cik siti kan budak baruuuu belajarrrr :)
No comments:
Post a Comment