Wednesday, March 14, 2012

baik menurut saya ....

assalamualaikum...
sepatutnya saat ni saya memerah keringat mencari mazhab-mazhab dalam tatabahasa...tapi hati tak tenang sebab masih belum berkongsi dengan laman ni...

baik ,mari diteruskan kerna banyak lagi yang harus dikejar...jangan tiru saya ye...

tazkirah tadi malam sedikit sebanyak membuka hati perut saya untuk lebih banyak berfikir dan merenung tentang apa yang berlaku...sungguhdalam hari ini sahaja banyak kesilapan yang berlaku atas kelalaian dan kebodohan diri ini juga.

adakah anda pernah terdetik di benak kecil anda bahawa diri anda sudah cukup baik?are you good enough?

BAIK itu merangkumi makna yang luas..ada yang berpendapat orang yang membantu kita itu baik,ada pula yang kata pakai tudung labuh baik dan macam-macam lagi...bagi saya setiap insan sudah diciptakan sebaik-baik kejadian...pasti da secebis rasa untuk berbuat baik...tak kira lah siapa pun...malah saya berani mengatakan pelacur pun tahu berbuat baik...pandangan masing-masing...bagi saya untuk mendapat tanggapan bahawa kita ini bik di mata umum sangat mudah...derma 20sen pada orang tua tepi jalan pun dikira baik bukan?namun untuk istiqamah dalam menjadi baik sangat sukar untuk dilakukan...kenapa?

memasang niat sangat la mudah..namun memelihara dan merealisasikan niat itu mempunyai halangan tertentu...contoh saya ambil daripada kata-kata akk manis yang menyampaikan tazkirah tadi....timah nak derma sepuluh ringgit..untuk elak dari org tau dia pun keronyok kan wang tu agarsukar dilihat..tapi tiba-tiba ada la makcik ni....makcik ni ada anak lelaki yang kacak lagi beriman...terdetik di hati timah,"eh makcik ni mak pada sipolan lah,tunjuk sikit duit aku nk derma biar makcik tu nmpak aku ni baik hati nk drma kan..."...nampak tak?mudah HATI kita ini diterjah dgn anasir negatif...tak usah kata contoh kes ini...diri sayasendiri pun kalau nampak orang pakai dasat ....bukan nak terdetik di hati minta Allah beri hidayah padanya atau minta dijauhkan hal itu dari empunya diri...tapi terdetik dlm hati,"ya Allah dasat giler....seksi habis..."...dah terdetik macam tu lama-lama baru ingat benda tu tak baik sebenarnya...haih payah sungguh...

untuk istiqamah dalam menjadi baik sebetulnya telah ditunjukkan Allah kepada kita sebaik-baik saluran untuk ke arah kebaikan....misalnya,menjaga solat...atau dalam erti kata lain menjaga hubungan kita dengan Allah...bila hubungan itu dipelihara sebaiknya,pasti tidak akan mampu diri kita mencuba melakukan apa yang dilarang Allah kan?secara tak langsung sebenarnya ia turut memelihara hubungan kita dengan manusi...jika kita menyayangi Allah,masakan tega kita nak menderhaka pada ibu bapa kitaberbuat jahat dan zalim pada insan lain...

perkara asas yang perlu diteguhkan semestinya hati kita...hati perlu ditarbiah sebaiknya...namun saya sendiri mengakui ia sesuatu yang sukar...proses dan dugaan yg dilalui itu sebenarnyamenjadikan diri kita lebih sedar diri dan lebih baik...kebaikan tiada hadnya..stiap hari kebaikan yang dilakukan oleh kita membawa kepada tingkat yang lebih baik dn perkara-perkara baru..ibarat menambah nilai telefon bimbit kita...setiap masa perlu ditambah nilai agar boleh digunakan untuk berhubung..jika tidak melakukannya maka tidak bolehla digunakan..begitu juga dengan kebaikan..setiap hari perlu ditambah secara terus menerus...jika tidak ia akan menjerumus ke arah lain.

selain memelihara hati,niat,hubungan sesama insan,diri kita juga perlu diasuh agar terhindar dari sifat2 seperti ego dan dengki...semua itu hanya akan menghalang diri kita dari menjadi lebih baik...

ayuh kita pelihara hati dan diri agar menjadi lebih baik dengan cara istiqamah....

p/s : muslimah itu matlamat saya...
xtra: mudah-mudahan hati tegar menjalani setiap ranjau mendatang...amiinn...

1 comment:

Anonymous said...

salam...betul3..baik tuh subjektif...kmu baik bg saya..kenapa?aku x blh jwb..sbb don't know how to xplain..
kita sume nih baik,cume bile kita buat slh..people akn tolak markah baik yg dorg bg kt kita..klu kita baiki slh kita n try not to repeat it..the 'baik' mark will goes up again..hahaha..tolak,tambah,minus,plus..sbb tak sume manusia slh sntiasa n tak sume manusia btul sntiasa..tp harap2 yg tambah lbh byk dri tolaknya laa ye..
amin..moga matlamat tcapai sblm ajal mndatg..let's b the muslimah that ALLAH'll b proud of..tgether..
beruang kutub