Sunday, May 6, 2012

bila jauh dari kebiasaan ...

assalamualaikum...
semoga kalian di bawah limpah kasih Nya...

semakin jauh kita berjalan, semakin banyak dugaan yang akan kita temui...saya akui itu..bahkan melali pengamatan dan pembacaan, kebanyakannya mengatakan hal yangsama..tidak ada yang mudah di dunia ini...kalau semuanya mudah maka tidak ada istilah cabaran dalam hidup atau khalifah di muka bumi..bukankah begitu?

saya sendiri mulai menyedari hakikat cabaran yang sudah dilepasi,sedang melaluinya dan bakal menjelma...apa yang saya sedar setiap dugaan yang saya hadapi membawa kemanisan yang sangat bererti...lebih bererti bila saya mengharungi masa-masa itu bersama keluarga dan sahabat-sahabat. saya akui saya bukanlah seorang yang cekal hati...saya bukan seorang yang boleh berlakon gagah apabila hatidiruntun sedih...saya cengeng..mudah cengeng..saya sendiri tak pasti sejak kapan itu terjadi..saya menganggap bahawa ini solusi terbaik buat saya :) saya bukan seorang yang mudah berteman...bahkan sifat saya sendiri adakala mengguris hati orang sekeliling..saya akan memendam rasa kerana tiada tempat untuk meluahkan..sampai satu tahap saya seakan hilang kehidupan normal saya bahkan seperti orang yang tiada perasaan..kesakitannya amat terasa...dengan air mata,semua itu terpadam..mudah sekali mereda...

belakangan ini saya melewati emosi yang tidak stabil...bukan kerana perubahan hormon ditubuh ini tetapi kerana suasana baru yang memberi erti baru buat saya...kebiasaan yang melemahkan minda dan emosi saya..bahkan hampir jatuh kerana emosi saya yang terumbang-ambing...pantang menyebut soal berkaitan org tersayang, bahkan norma hidup saya yang dahulu pasti air mata bergenang..lebih parah saat mendengar suara mereka,tanpa henti saya menangis...betapa lemah emosi saya..

saya mencoret itu bukan untuk mengatakan bahawa saya ini lemah dan ingin kan sokongan anda...tidak sama sekali..semalam saat saya sedang mengulang kaji subjek tatabahasa..saya tergerak hati menyelak lembaran buku karya saudara Hilal...hati ini digerakkan oleh Allah melihat laman yang tercoret berkaitan dengan keresahan dan kekosongan hati...saya tangguhkan kerja menelaah tatabahasa dan mula menghabiskan baris demi baris yang tercoret dalam lembar buku tersebut...setelah itu saya mulai sedar akan apa yang saya fikirkan selama ini satu kesalahan yang teramat besar.

dari pembacaan tersebut, saya mula menilik diri saya...seharusnya tak berhak walau sedikit pun untuk saya mempersoalkan kenapa ujian silih berganti mengisi perjalanan hidup saya..kenapa dalam banyak-banyak saya yang diuji...kenapa saya bersendirian...kenapa itu,kenapa ini...mengeluh dan resah tanpa henti...

dalam buku tersebut, penulis menyatakan bahawa kita tidak boleh hidup sendiri..bahkan tak akan pernah...setiap detik kita bernafas di muka bumi ini malaikat dan Allah ada di sisi...maka bagaimana boleh aya merasa sunyi dan sendiri...sedang setiap hari dititip doa oleh ibudan keluarga untuk saya...bagaimana boleh saya berbicara soal bersendirian...saya dicipta sebagai khalifah di muka bumi,saya ini manusia..maka bagaimana saya boleh berbicara soal ujian yang ditimpakan dalam hidup saya...sedang insan lain lebih hebat diuji..maka bagaimana saya boleh mempersoal sebab saya yang terpilih untuk diuji...mengapa bisa saya mengeluh...

muhasabah diri saya sepanjang malam lalu...membawa saya kepada satu kesedaran kalau saya ini sangatlah tak mengenang jasa Pencipta...maafkan hamba...seharusnya saya merelakan jika benar tiada insan yang sudi berkawan dengan saya..siapa saya dan apa hak saya untuk memaksa orang memilih untuk terus setia di sisi saya sebagai teman...siapa saya untuk menolak,merungut dan berasa resah dengan apa yang ditimpakan...bukankah setiap ujian itu di turunkan hanya pada orang yang mampu menanggungnya...bukankah Allah sentiasa dekat bahkan lebih dekat dari urat nadi kita...maka kenapa perlu saya resah memikirkan setiap dugaan yang diberi untuk saya...

saya senantiasa diingatkan oleh ibu terchinta bahawa jalani hidup itu dengan ikhlas..jika itu yang saya mahukan dalam hidup kenapa perlu saya menolak ujian yang datang sepanjang saya cuba mengejar impian dan keinginan saya...ibu saya sentiasa mengingatkan saya bahawa memikirkan setiap dugaan dan tanggungjawab yang ada sebagai kemestian yang perlu diselesaikan..jika ditunda maka masih perlu dilunaskan...ayah tercinta mengingatkan saya bahawa senantiasa membuka hati menerima apa jua yang datang dalam hidup kerana itu risiko untuk memiliki impian yang saya ingin kecapi...

yang paling utama bagi saya sepanjang muhasabah diri...berpegang teguh pada Allah,Muhammad s.a.w,Quran dan Sunnah....sentiasa meletakkan cinta dan percaya pada yang Mentadbir alam,keluarga terutama keluarga,ayah dan ibu...keluarga adalah orang yang paling setia pada diri kita...sentiasa meletakkan keluarga sebagai yang teratas setelah Allah dan Rasul...jernih hubungan kita dengan insan tersayang mengundang bahagia di hati..saya begitu...

coretan di sini bukan ingin mendabik dada bahawa seakan saya seorang bermuhasabah diri...tetapi sekadar perkongsian dan ingatan untuk diri saya sendiri...

:) terus memupuk kejernihan hubungan dengan orang tercinta...
:) sentiasa akan terus bermuhasabah diri
:) sentiasa akan terus mencari dan mencari resolusi terbaik dalam langkah menuju ke arah kebahagiaan yang dijanji Allah.
:) mengimpikan menjadi baik mudah tetapi berusaha ke arah itu pasti terselit dugaan...semoga saya berjaya mengharungi dugaan itu dengan redhaNya dan keluarga saya...

No comments: