Friday, September 14, 2012

sharing is caring :)

assalamualaikum :)
memandangkan semester baru telah pun tiba....ayuh renung-renungkan....saya percaya pasti ranjau dugaan akan silih berganti sebelum hadirnya gembira dan bahagia..jadi ini peringatan untuk saya :)

TEGUHKAN HATI ANDA DAN BERSABARLAH(La Tahzan....)

Imam Ahmad berkata;
"ada dua perkataan yang pernah saya dengar dan itu sangat bermanfaat bagi saya menghadapi cubaan hidup:

1. perkataan seorang lelaki yang ditahan kerana minum khamar.dia berkata kepadaku:"wahai Ahmad,teguhkan hatimu,sebab anda disebat kerana membela sunnah Nabi sedangkan saya disebat kerana minuman keras dan saya mampu bersabar."

......jika kalianmampu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka juga menderita kesakitan sebagaimana yang kalian rasakan, sementara kalian mengharapkan dari Allah sesuatu yang tidak mereka harapkan...(An-Nisa':104)

maka brsabarlah, sesunggunhnya janji Allah itubenardan janganlah sekali-kali kalian sampai dipalingkan dari agama kalian oleh orang yang tidak mahu meyakini(kebenaran ayat-ayat Allah).(Ar-Rum:60)


2. perkataan yang diucapkan oleh seorang badwi kepada Imam Ahmad ketika beliau ditahan di penjara dan dirantai: "wahai Ahmad, bersabarlah sebab anda dibunuh di sini dan masuk syurga dari sini juga."

Tuhan mereka memberikan khabar gembira kepada mereka bahawa mereka akan mendapat rahmat, keredhaan dan syurgaNya yang di dalamnya mereka mendapat kenikmatan yang abadi.(At-Taubah:21)

:) peringatan dan semangat buat saya untuk mengejar kejayaan dunia akhirat :)

No comments: