Friday, October 19, 2012

prioriti soal jodoh bagi si awal 20-an...saya ke tuh ?

JODOH      ~~~ 

assalamualaikum :) Alhamdulillah...lama tak jengah...baru berkesempatan...ok..hari ini seperti hebahan pada awalnya, saya nak mengutarakan pandangan dan berkongsi apa yang saya peroleh dan dengar...ecehh macam nak berucap pula yer...oleh kerana saya pelajar bahasa maka kepentingan berbahasa dengan baik sangat penting... :) 

baru-baru ini sempat berdiskusi dengan ustaz yang menjadi pengelola kokorikulum...ustaz muda belia :) ustaz berpendapat soal jodoh sememangnya telah tertulis di loh mahfuz siapa jodoh kita..tapi itu tidak bermaksud kita tidak perlu berusaha dan hanya menanti...analoginya,jika di hadapan kita ada makanan..adakah makanan itu akan melompat atau terbang atau merayap masuk dalam mulut kita?pasti tidak....perlu ada usaha walaupun sedikit untuk kita masukkan makanan tersebut ke dalam mulut kan..nak telan pun sebelum tu kena kunyah kan...maka begitu juga jodoh...sekalipun ingin menanti,tidak bermaksud diri ini tak perlu mengerah akal dan diri untuk berusaha...bukan berusaha mengorat ke ape yer,sebaliknya paling sedikit usaha kita mencapai jodoh kita adalah berdoa dan menjadikan diri kita lebih baik...bukankah orang yang baik untuk orang yang baik juga...

usaha itu perlu...sebelum mencapai sesuatu yang diingini pastilah ada usaha dan langkah yang perlu diambil...tidak akan ada perkara yang diinginkan itu datang bergolek kepada kita tanpa sedikit usaha... menyentuh soal membawa diri ke arah lebih baik..itu saya kira sebagai meletakkan diri ke satu aras yang lebih tinggi dari sebelumnya...dalam dunia ini,kita perlu sentiasa meletakkan aras dan terus berusaha meletakkan diri kita ke aras yang lebih tinggi. usaha itu perlu..menjadi baik bukanlah sesuatu yang mudah..banyak ujiannya..namun bukanlah seorang muslim jika kita ini tidak diberikan ujian..ujian itu sendiri menguji sejauh mana kita berusaha ke arah yang baik,setinggi atau serendah mana iman kita...

baru-baru ini berpeluang ke satu forum yang membincangkan soal permata yang dicari..bukan tertumpu pada sang kekasih hati sahaja sebaliknya tertumpu kepada keluarga,pasangan,majikan,atau pelbagai pihak...menggilap batu  menjadi permata itu satu yang sukar kerna sebelum berkilau pelbagai teknik perlu diaplikasikan.begitu juga dengan diri kita. bukan sahaja dari segi kemantapan hati,bersedia, tetapi juga meliputi seluruh aspek..saya tertarik dengan kata panel tersebut yang menyatakan kunci utamanya adalah pandangan..

pandangan itu bukanlah hanya tertumpu pada pancaindera mata semata-mata,sebaliknya mencakupi minda,lisan,tangan,kaki,hati dan lain-lain...pandangan mata dan pandangan akal itu seharusnya diawasi...kadang-kadang kita ini leka dan terleka...maka sewenangnya tersasar dari landasan yang ada...menjaga pandangan pancaindera serta akal terutamanya mendorong kita lebih fokus bahwa matlamat utama kita adalah kekasih agung yakni Allah...panel tersebut menyatakan bahawa zaman kini tak kira muda atau tua,yang menjadi fokus utama ialah jodoh..walhal jelas bahawa jodoh itu telah tertulis..yang perlu diberi perhatian sebetulnya ialah pandangan kita. melalui pandangan pelbagai perkara negatif mudah mencemari hati kita...fokus utama harus disandarkan pada pentingnya mencari redha Allah dan ibu bapa.membahagiakan mereka wajib...setelah mengerti tanggungjawab dan amanah sebenar,pasti akan menyusul tiba jodoh yang dinanti...membawa diri ke arah yang lebih baik itu sesungguhnya mempersiapkan diri kita.

keperluan membawa diri ke arah yang lebih baik itu perlu kerana hidup kita di dunia ini saling bergantungan..saling memerlukan. pada saat kita fokus membawa diri kita ke arah yang lebih baik,pastinya saat itu hati,minda dan diri telah siap sedia menggalas tanggungjawab dan amanah..kerna pada saat itu tanpa sedar kita sedang mempersiapkan diri sebaik mungkin kerana sedar bahawa ia bukan sesuatu yang ringan dan mudah...tak hairanlah mak dan ayah saya sendiri berpesan penting mengubah diri ke arah lebih baik sebelum kita diberi tanggungjawab dan amanah yang pasti akan menguji kita sehingga ke akhir hayat.soal jodoh yang berkait dengan perkahwinan bukanlah soal yang remeh atau boleh dipandang ringan..itu melibatkan hampir seumur hidup kita dan pelbagai kemungkinan serta ujian..maka dengan mempersiapkan diri kita ke arah yang baik,pastinya diri kita sedia menerima tanggungjawab yang berat itu..pasti pada saat kita membhaagiakan diri sendiri,keluarga dna yang lain,redha mereka menyusul tiba...redha ibu bapa akan menghadirkan redha Illahi.

sesungguhnya kelancaran di dunia dan akhirat itu sangatlah diingini...ujian yang diberikan itu suatu yang pasti...namun jangan pernah ragu atau hilang yakinnya dek ujian yang hadir kerana dengan ujian itu keyakinan dan kemantapan hati lebih utuh...

p/s: permudahkan urusanku di jalanMu :) 


Norie Li :) 

No comments: