Friday, September 23, 2011

hati mereka sahaja perlu dijaga,hati saya???

assalamualaikum...

dia ingin saya menjaga hati dia,
pernah dia menjaga hati saya?

dia ingin saya menghargai dia,
pernah dia menghargai saya?

dia ingin saya pamer kalau dia bahgian dari hidup saya,
pernah dia pamer begitu demi saya?

dia selalu fikir dia sudah menjaga hati saya,
pernah dia benar-benar melakukan itu?

dia selalu ingin waktu agar saya boleh mendalami hati dia,
pernah dia cuba mencari waktu untuk memahami saya?

dia selalu bilang kalau dia mengerti situasi saya,
lalu kenapa ini terjadi?

dia selalu kata kalau dia bisa memahami bagaimana kedudukan saya,
tapi pernah tingkah dia mempamerkan kalau dia faham kedudukan saya?

pokoknya,dia terlalu ingin saya menjaga hati dia,menghargai dia,sentiasa menjadi teman yang terbaik...tetapi pernah dia cuba melakukan perkara yang sama?

tiada jawaban yang mempamerkan itu...kamu terlalu pentingkan diri kamu,terlalu takut hati kamu disakiti sedangkan aku yang membiarkan hati aku terus sakit dan terluka...

tolonglah...jangan kerana sikapmu itu aku akan merobah hati dan diri aku menjauh dari kamu...aku tidak ingin melakukan itu kerana aku terlalu menghargai hubungan yang terjalin...namun jika itu yang terjadi,hanya maaf aku kirim kerana tidak mungkin aku akan sedia menjadikan hati dan diri aku korban sikap mu yang egois dan begitu menyakitkan hati aku...

cukup untuk sekali ini aku menjadi korban diri kamu yang tidak punya rasa ehsan terhadap orang yang sentiasa menyayangi kamu...biar hati aku pedih dan diri aku merasa seksa kerana hilang kamu dan sepi daripada terus berasa sakit dek tingkah kamu....

p/s: kalau boleh dilahirkan dengan gaya dan aksi pasti kalah hero handalan berlawan!

xtra : sakitnya hati kalau boleh aku hamburkan pasti kau yang akan menangis kerana mendengar kata-kata dari mulutku...

super xtra: semoga Allah meningkatkan ketabahan hati aku,semoga aku menjadi orang yg lebih baik lagi...amiinn...

No comments: