Tuesday, September 20, 2011

MAAF vs DENDAM

assalamualaikum :)

hari ini cik snr nak kongsi tentang dendam dan maaf...sempat jugak la minggu lepas hari khamis cik snr menonton SEMANIS KURMA...haippp bukan yg kumpulan SEPAH tuh...itu semput je banyak :P ....tajuk nye,dendam semalam kot kalau tak silap la :) pelupa sudahhhhh ~

sepanjang program tu cik snr dapat banyaaakkkkk manfaat... :) sekarang nak potpetpotpet pasal ni jugak...salah silap harap dibetulkan dan dimaafkan yer :)

Dalam hidup kita pasti ada sahaja perkara yang berlaku mengundang marah,benci,sedih,gembira dan macam-macam lagi...hari ini kita fokus pada dendam atau amarah ye...(gaya macam penceramah pulaaakkk)...dendam atau amarah itu wujud bila berlaku perkara yang tidak kita suka atau membekas di hati kita...manusia dicipta berbeza pendapat dan corak fikir...ada sesetengah itu sangatla pemaaf...Alhamdulillah..maka tidak ada erti marah atau berdendam dalam hidup mereka...macam mana pula dengan yang sebaliknya?bukan bermaksud mereka ini tidak baik..cuma kekurangan mereka di situ...sukar bagi mereka melupakan sesuatu atau memaafkan sesuatu yang terjadi....manusia kan serba kurang maka tidak hairan la ini berlaku...ditambah dengan semarak bahang dari Syaitan dan iblis maka hasilnya amatlah buruk....bukanlah tidak ada maaf langsung tetapi mungkin maaf itu lambat menyusul...kadang-kadang cik snr juga begitu...

maaf merupakan satu lafaz keramat bagi orang yang punya sifat amarah dan dendam..ibarat permata nilainya...menjadi seorang yang pemaaf itu sebenarnya amat baik malah menjadi tuntutan dalam Islam...kita digalakkan memaafkan semua orang kerana itu adalah sebaik-baik sikap... :) bagi yang mengibaratkan maaf itu sebagai sesuatu yang berharga atau limited bagaimana pula?sikap memaafkan sebenarnya boleh dilatih,disemai dalam hati dan jiwa setiap umat manusia..lambat atau cepat membiasakan sesuatu yang bilazim itu suda menjadi lumrah..berbalik kepada niat dan tekad kita ke arah itu :) jadi mari kita mendidik hati kita agar sentiasa memaafkan orang...jika difikir sedalam-dalamnya,siapalah kita untuk marah dan dendam dengan orang..kerana mereka juga manusia serba kurang...Allah jua yang berhak ke atas setiap satu ciptaanNya..mungkin benar jika sesuatu perkara yang berlaku itu mengundang rasa marah yang amat sangat..tetapi cukup sekadar sebentar...perbanyakkan fikir siapa kita di mata Allah..bukankah amarah dan endam itu sifat-sifat yang disukai syaitan?Na'uzubillah...

sebenarnya setiap apa yang digalakkan dalam agama kita yakni Islam ada baik dan zat nya..sifat memaafkan itu sebenarnya menghindarkan kita dari berfikir kusut dan hati yang tidak jerneh...memang kalau kita melalui satu perkara yang mengguris hati dan mengundang marah serta dendam kelihatan wajar...tetapi sebenarnya itu hanya mengundang kepada perkara yang tidak baik...corak fikir kita kusut dan tidak jerneh,hidup kita sentiasa seperti dibebani beban yang amat berat bahkan kesihatan juga merosot...mana satu kita pilih...akal dikurniakan agar waras kita berfikir,hati dikurniakan agar sentiasa mencari redha Illahi...bukan untuk marah dan dendam..fikir-fikirkan yer...

memetik kata-kata ustazah dalam semanis kurma tu,orang yang menghulurkan kemaafan itu sebenarnya tidak rugi sebaliknya untung..kerana malaikat bersama-sama dengan mereka bahkan mendoakan yang terbaik untuk mereka...sebalikny orang yang penuh rasa marah dan dendam bahkan lebih parah menolak maaf dari orang yang bertanggungjawab mengundang marah dan dendam itu sebenarnya bersama-sama syaitan yang terkutuk...alangkah rugi mereka-mereka ini...bukankah kita sedia maklum bagaimana syaitan berjanji memesongkan manusia...jadi kenapa harus kita mengikut telunjuk mereka ke arah jauh dari redha Allah...

sebaik-baiknya setiap apa jua yang kita lakukan harus diperbetul niat nya dahulu,kata Dr. Muhaya sebagai orang Islam kita harus hidup dengan niat dan tujuan mencari redha Allah ...dengan redha Allah baru semua nya lancar...

semoga kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik...amiinn...

p/s : cik snr ni mcm bg ceramah sudehhh..maaf yer..sekadar mengingatkan diri ini dan utk berkongsi sahaja...

No comments: