Wednesday, September 28, 2011

assalamualaikum...
hari ini sangat melelahkan ...mana tak nya,berjanji lain tetiba lain janji..sudah nya yang lelah cik snr..tapi benda dah jadi kan~nak pertikai pun macam sia2 jer...hahhh sebut pasal benda dah terjadi atau lebih tepat dan manis kita sebut hal lalu ,dll.....cik snr nak la jugak buat senaman jari kan(type byk2 :P )...

ramai di antara kita selalu berpendapat kalau hal lalu lebih baik tidak difikirkan lagi atau lebih tepat biarkan sahaja berlalu dengan rela hati...eh boleh ker macam tuh?kalau macam tuh serupa Allah lancarkan saja perjalanan hidup kita di muka bumi Allah ni....bagi cik snr hal lalu la paling perlu kita fikir dan renungkan...jangan pula asyik merenung masa lalu sampai yang kedepannya tak terfikir langsung...itu nak cari penyakit namanya..hidup tak teratur pula...jangan2 yer...

apa pentingnya berfikir masa lalu..?bagi sesetengah orang,berfikir hal2 lalu dapat memperbaiki diri ke arah lebih baik selain dari menginsafi dan mensyukuri apa yang terjadi...ada beberapa orang teman yang cik snr kenal,mereka lebih senang menerima semua yang terjadi itu dengan hati terbuka dan melalui setiap liku hidup dengan seadanya...bukan cik snr kata cara tu salah..tak salah..terpulang ....tapi itu cuma mengundang silap yang sama yang pernah berlaku..malah lebih parah kalau hati kita terbit rasa yang bukan2...contoh mempersoal apa yang berlaku...

bila kita berfikir dan meneliti sedalam-dalamnya apa yang kita lalui ,baik manis atau pahit...secara sedar atau pun tidak,kita cuba mendidik hati kita agar memperbaiki apa yang pincang...dengan itu tidaklah kita mengulangi kejadian yang sama...bukankah rugi kalau kita sebenarnya ada peluang menghindari perkara yang tidak enak dari terjadi untuk kedua kalinya tetapi tidak menyedarinya lalu dengan mudah berbisik dalam hati bahawa itu sudah tersurat dan terima sahaja...go with the flow(eh betul ke...?ghasak jer...)tak boleh macam tuh...

kita diberi akal agar dimanfaat ke jalan yang lebih baik...kalau kita ada ruang dan peluang untuk jadi lebih baik kenapa perlu kita menjadikan alasan seperti ,sudah tertulis hidup begini...menerima dengan hati terbuka.....bila kita berusaha memperbaiki apa yang pincang,mendidik hati lebih bersyukur dan menginsafi setiap musibah yang melanda pasti hati kita akan lebih tenang dalam menghadapi apa jua musibah...Allah menguji kita dengan dugaan yang mampu tertanggung oleh kita...pada Allah juga kita mengadu dan pada Dia juga jalan keluar ditemukan...

cik snr rasa dengan begitu lebih menjadikan cik snr orang yang lebih bersyukur...insaf dan tahu malu...kalau cik snr tak buat begitu,pasti cik snr akan jadi orang yang selalu membandingkan apa yg berlaku dalam hidup cik snr dgn orang lain,menyesal,tak bersyukur dan yang paling buruk sekali mengulangi kesilapan yang mengundang sakit hati orang..bagi cik snr imbau2 masa lalu tu macam tanda amaran dalam setiap apa yang cik snr nak lakukan...

p/s : kalau salah mohon maaf,cik adik baru belajar :)

xtra : terlahir nukilan begini selepas melalui pengalaman yang berguna dalam hidup cik snr... :)
assalamualaikum...
baru-baru ini dapatlah email dari seorang penjelajah laman digital(bahasa nak baik je :P )...beliau bertanya adakah memang dari lahiriah cik snr sopan begini...sepupu yang mencuci mata di laman ini pun begitu juga...eh sopan ker?terima kaseh daun keladi.... :) bahagia ni..erk!

memang dari kecil parents cik snr ajar supaya sopan di mana jua cik snr berada...tapi kalau alam nyata tidak la sopan sangat...suka menyakat teman ada lah...hobi wajib...hehe...dalam laman begini perlu sopan...tak reti nak taip bahasa tak senonoh...

p/s: cik snr kalau tulis memang sopan jer...

xtra note: kalau nak kureng sopan moh ler kenal dengan lebih nyata..eceh...

super xtra: kaki sakit macam nak tercabut gara-gara orang tak menepati waktu...sudahnya hati hamba yang resah...hoh

Friday, September 23, 2011

hati mereka sahaja perlu dijaga,hati saya???

assalamualaikum...

dia ingin saya menjaga hati dia,
pernah dia menjaga hati saya?

dia ingin saya menghargai dia,
pernah dia menghargai saya?

dia ingin saya pamer kalau dia bahgian dari hidup saya,
pernah dia pamer begitu demi saya?

dia selalu fikir dia sudah menjaga hati saya,
pernah dia benar-benar melakukan itu?

dia selalu ingin waktu agar saya boleh mendalami hati dia,
pernah dia cuba mencari waktu untuk memahami saya?

dia selalu bilang kalau dia mengerti situasi saya,
lalu kenapa ini terjadi?

dia selalu kata kalau dia bisa memahami bagaimana kedudukan saya,
tapi pernah tingkah dia mempamerkan kalau dia faham kedudukan saya?

pokoknya,dia terlalu ingin saya menjaga hati dia,menghargai dia,sentiasa menjadi teman yang terbaik...tetapi pernah dia cuba melakukan perkara yang sama?

tiada jawaban yang mempamerkan itu...kamu terlalu pentingkan diri kamu,terlalu takut hati kamu disakiti sedangkan aku yang membiarkan hati aku terus sakit dan terluka...

tolonglah...jangan kerana sikapmu itu aku akan merobah hati dan diri aku menjauh dari kamu...aku tidak ingin melakukan itu kerana aku terlalu menghargai hubungan yang terjalin...namun jika itu yang terjadi,hanya maaf aku kirim kerana tidak mungkin aku akan sedia menjadikan hati dan diri aku korban sikap mu yang egois dan begitu menyakitkan hati aku...

cukup untuk sekali ini aku menjadi korban diri kamu yang tidak punya rasa ehsan terhadap orang yang sentiasa menyayangi kamu...biar hati aku pedih dan diri aku merasa seksa kerana hilang kamu dan sepi daripada terus berasa sakit dek tingkah kamu....

p/s: kalau boleh dilahirkan dengan gaya dan aksi pasti kalah hero handalan berlawan!

xtra : sakitnya hati kalau boleh aku hamburkan pasti kau yang akan menangis kerana mendengar kata-kata dari mulutku...

super xtra: semoga Allah meningkatkan ketabahan hati aku,semoga aku menjadi orang yg lebih baik lagi...amiinn...

Tuesday, September 20, 2011

MAAF vs DENDAM

assalamualaikum :)

hari ini cik snr nak kongsi tentang dendam dan maaf...sempat jugak la minggu lepas hari khamis cik snr menonton SEMANIS KURMA...haippp bukan yg kumpulan SEPAH tuh...itu semput je banyak :P ....tajuk nye,dendam semalam kot kalau tak silap la :) pelupa sudahhhhh ~

sepanjang program tu cik snr dapat banyaaakkkkk manfaat... :) sekarang nak potpetpotpet pasal ni jugak...salah silap harap dibetulkan dan dimaafkan yer :)

Dalam hidup kita pasti ada sahaja perkara yang berlaku mengundang marah,benci,sedih,gembira dan macam-macam lagi...hari ini kita fokus pada dendam atau amarah ye...(gaya macam penceramah pulaaakkk)...dendam atau amarah itu wujud bila berlaku perkara yang tidak kita suka atau membekas di hati kita...manusia dicipta berbeza pendapat dan corak fikir...ada sesetengah itu sangatla pemaaf...Alhamdulillah..maka tidak ada erti marah atau berdendam dalam hidup mereka...macam mana pula dengan yang sebaliknya?bukan bermaksud mereka ini tidak baik..cuma kekurangan mereka di situ...sukar bagi mereka melupakan sesuatu atau memaafkan sesuatu yang terjadi....manusia kan serba kurang maka tidak hairan la ini berlaku...ditambah dengan semarak bahang dari Syaitan dan iblis maka hasilnya amatlah buruk....bukanlah tidak ada maaf langsung tetapi mungkin maaf itu lambat menyusul...kadang-kadang cik snr juga begitu...

maaf merupakan satu lafaz keramat bagi orang yang punya sifat amarah dan dendam..ibarat permata nilainya...menjadi seorang yang pemaaf itu sebenarnya amat baik malah menjadi tuntutan dalam Islam...kita digalakkan memaafkan semua orang kerana itu adalah sebaik-baik sikap... :) bagi yang mengibaratkan maaf itu sebagai sesuatu yang berharga atau limited bagaimana pula?sikap memaafkan sebenarnya boleh dilatih,disemai dalam hati dan jiwa setiap umat manusia..lambat atau cepat membiasakan sesuatu yang bilazim itu suda menjadi lumrah..berbalik kepada niat dan tekad kita ke arah itu :) jadi mari kita mendidik hati kita agar sentiasa memaafkan orang...jika difikir sedalam-dalamnya,siapalah kita untuk marah dan dendam dengan orang..kerana mereka juga manusia serba kurang...Allah jua yang berhak ke atas setiap satu ciptaanNya..mungkin benar jika sesuatu perkara yang berlaku itu mengundang rasa marah yang amat sangat..tetapi cukup sekadar sebentar...perbanyakkan fikir siapa kita di mata Allah..bukankah amarah dan endam itu sifat-sifat yang disukai syaitan?Na'uzubillah...

sebenarnya setiap apa yang digalakkan dalam agama kita yakni Islam ada baik dan zat nya..sifat memaafkan itu sebenarnya menghindarkan kita dari berfikir kusut dan hati yang tidak jerneh...memang kalau kita melalui satu perkara yang mengguris hati dan mengundang marah serta dendam kelihatan wajar...tetapi sebenarnya itu hanya mengundang kepada perkara yang tidak baik...corak fikir kita kusut dan tidak jerneh,hidup kita sentiasa seperti dibebani beban yang amat berat bahkan kesihatan juga merosot...mana satu kita pilih...akal dikurniakan agar waras kita berfikir,hati dikurniakan agar sentiasa mencari redha Illahi...bukan untuk marah dan dendam..fikir-fikirkan yer...

memetik kata-kata ustazah dalam semanis kurma tu,orang yang menghulurkan kemaafan itu sebenarnya tidak rugi sebaliknya untung..kerana malaikat bersama-sama dengan mereka bahkan mendoakan yang terbaik untuk mereka...sebalikny orang yang penuh rasa marah dan dendam bahkan lebih parah menolak maaf dari orang yang bertanggungjawab mengundang marah dan dendam itu sebenarnya bersama-sama syaitan yang terkutuk...alangkah rugi mereka-mereka ini...bukankah kita sedia maklum bagaimana syaitan berjanji memesongkan manusia...jadi kenapa harus kita mengikut telunjuk mereka ke arah jauh dari redha Allah...

sebaik-baiknya setiap apa jua yang kita lakukan harus diperbetul niat nya dahulu,kata Dr. Muhaya sebagai orang Islam kita harus hidup dengan niat dan tujuan mencari redha Allah ...dengan redha Allah baru semua nya lancar...

semoga kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik...amiinn...

p/s : cik snr ni mcm bg ceramah sudehhh..maaf yer..sekadar mengingatkan diri ini dan utk berkongsi sahaja...

Sunday, September 18, 2011

tabiat baru yg baru saya sedar baru-baru ini :P

assalamualaikummmm :)
hari ni cik snr sangat hepi (yg ado je)...hepi sebab melihat orang menjamu selera hasil kerja gigih cik snr di dapur...ho yeah :)

penat?memang ler penat...tapi berbaloi sgt bila orang makan bertambah (berat diorang i mean :P ) ,suka apa yg dihidang...kritik best2...haha...

oh yer...sejak beberapa hari yang lalu...bila sedeh2 je kan...confirm terhasil satu hidangan...paham tak?maksudnya bila cik snr mood ala2 primadona menangis...mesti cik snr membawa diri yg bermasalah ke dapur dan mula beraksi hingga terhasilnya satu hidangan..wahahah...menghabiskan byk stok2 bakery omak yg tak terhabis guna...

mak suka gile yolah mana taknyer,dapat jugak memaniskan mulut...yg ponat aku..tapi at least kan lega je rasa..hehe...syukur la sikit...at least released tension mcm tuh dr setengah org buat benda2 yg tak patut..hah mana nak?hehe...

p/s:penat menyental pinggan mangkuk...

xtra notes: mula merancang strategi hidup baru :) saya memang sayang diri saya :)

Saturday, September 17, 2011

:)

assalamualaikum...
hari ni cik snr sangatlah sedang berduka... :( mungkin memang belum rezeki cik snr kot...tp Alhamdulillah family cik snr sangatla mendukung dan menyokong cik snr..sehari menangis dengan mata bengkak...memang sakit...dengan kepala sakit...jadi memang terang2 nampak yang cik snr ni seorang yg cengeng...memang pun...sampai mak cik snr ckp yg cik snr kalau menangis akan meruntun hati mak juga jd kalau nak nangis sila berjauhan dr mak...ohohoh...ok habis bab menangis sbb cik snr mmg taknak bgtau pon kenapa cik snr cengeng...sbb sgt tidak penting...

bila sesuatu terjadi dalam hidup kita,selalu selain meratap dan mengenang apa yg berlaku mesti ramai di antara kita akan mula fikir kenapa itu terjadi dan bla bla bla...(termasuk si penulis :P)
HELLO!!! sebelum tuh cuba jom kita berfikir sejenak....meh bagi contoh senario sikit...baru syioookkk... :)

cik kak ni sorang ditimpa musibah...die bersedih dan mula menyoal kenapa jadi macam tuh,sebab apa,apa yg perlu dia buat dan lain2...ibarat mcm die sorang je bermasalah...ala2 primadona meratapi nasib malang la... :P

AMBOIIII!!!! baik punya menyoal kan...pernah tak sebelum menyoal tuh tanya diri dulu pernah tak Sang Pencipta menyoal kita tentang semua yg kita lakukan...contoh macam,cukup tak amalan yg dituntut Allah sebelum nih,ada buat dosa tak dgn mak dan ayh n family...,mcm2 lagi?ada?ada ke tak? haaaa cik snr dulu tak pernah pun fikir macam tuh sampaila satu hari tuh dapat la tarbiyah free dari mak lepas lagak macam primadona kena tinggal laki :P tarbiyah percuma dr mak tuh la buat cik snr mula fikir semua itu...

betulll...selalu orang akan cakap "Redha je lah cik non..benda da jadi..."....amboii senang hang kata lagu tuh noh...nak redha tuh cakap mmg senang tp nak merealitikan redha tuh bukan mudah...bila kita berfikir mamcam cik snr ckp tadi sedikit-sebanyak dapatla kita mula merelakan dan meredhakan setiap yg berlaku...bukankah setiap manusia itu tidak akan diduga dengan dugaan yang diluar kemampuannya...jadi bila banyak bertanya dalam hati tentang perkara yg lebih berkait tentang peribadi kita lambat-laun kita akan mula tenang dan memperbaiki sesuatu yg kurang itu..bahkan jalan keluar pun kita akan temui...Insyaallah...

bukankah sebaik-baik tempat mengadu itu kepada Allah..kerana Dia mencipta kita,menurunkan dugaan dan memberi segala kenikmatan pada kita...Dia maha Mengetahui...tak perlu kita menjerit bagitau pun Allah mengetahui...

p/s: mood yg semakin membaik...akan mula perjalanan hidup baru...woooohhhooo...

xtra note: semoga semua berjalan lancar..doakan cik snr :)

Thursday, September 15, 2011

Blog Tok Wan: Maafkan Kami Ya Rasulallah

Blog Tok Wan: Maafkan Kami Ya Rasulallah: INI hanyalah satu muhasabah bukan realiti dan harap ia tidak menjadi kontroversi. Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba...

Tuesday, September 13, 2011

apa dalam kotak fikir saya?

assalamualaikummmm :D

apa dlm kotak fikir saya?aduhai...saya pun tak tau..sgt pening,runsing,sakit,kosong dan risau..sungguh tak tipu wooo...

apa dlm kotak fikir saya?aduhai...terbeban dgn masalh yang saya sendiri tiada jawaban melainkan Allah...

semoga masalh ini memberi jawaban yang meredakan kusut hati...semoga ia terbaekk utk saya...terbaek utk semua org yg saya syg dan terbaek utk masa depan saya...aminn...

mood: malas nak cakap,nak buat rutin harian yg menyenangkan hati pon lagi laaa malas...

p/s: semoga Allah memberi jalan yg terbaik utk saya...amiinn...

p/s xtra: saya da mula rindu semua teman saya yg suka menceriakan hari2 kelam saya.... :(