Friday, June 27, 2014

duka.

assalamualaikum. moga siapa pun yg membaca dilimpahi rahmat Allah.
 hari ni hampir dua minggu aku duka. duka dengan macam-macam perkara. oh salah. duka kerana aku jauh dari Allah.. itu lebih tepat. lumrah manusia macam aku bila diuji baru nak sentak. baru nak menggogoi mohon ampun pada Allah. baru nak sedih berdoa pada Allah. aku akui itu.

kawan.
soal kawan paling banyak buat aku duka. Allahu... kalau aku tak luah dalam ni memang tak tenang nak study. minggu kritikal sebab aku tengah periksa akhir semester tahun akhir pengajian. see. aku memang macam ni. menangis dah puas. mengadu dah puas. tapi kena luahkan macam ni baru puas. sebab satu hari nanti bila aku selak balik halaman ni. aku tahu khilaf aku. at least i'm not going to do the same mistake kan?

kawan sakit.
aku kenal dia lama. aku ikuti senyap-senyap. dia baik. peramah. selalu kongsi yang bermanfaat. aku akui rugi kalau tak kenal dia. syukur sekurang-kurangnya walaupun tak rapat tapi pernah bertegur sapa. dia kemalangan lepas balik umrah. langgar lori. tapi Allah pelihara wajahnya yang tenang dari sebarang luka. tapi dia koma sebab cedera teruk. sedih. aku sendiri keliru dengan apa yg aku rasa. tak kenal mana tapi perasaan nak hebat je. Allah bagi. aku redha. tapi aku takut dia pergi. mungkin sebab aku ingat dia wajah yang muncul dalam mimpi aku kot. dongeng sangat kan? aku sedih takut hilang kawan. macam kawan2 dulu yg pergi dengan cara yang sama. sedih dan pedih. aku minta dia sembuh lepas tu aku nak hilangkan diri. taknak fikir pasal dia. sakit. moga Allah beri kesembuhan padamu. kesian anak angkatmu. kesian anak saudaramu. mereka doa dan doa untuk kesembuhanmu. kuat la.. bangun. aku tahu kau kuat. Allah kuat kan mereka.. kuatkan dia. beri kesembuhan untuk dia. bangun la.

kawan emosi.
kawan emosi buat aku sakit. semester lepas perangai macam ni buat kami bergaduh. aku tak suka bergaduh. tak suka. tapi kau tak pernah kisah. aku cuba faham. setiap kali itulah aku cuba jernehkan semua benda. aku tak kisah. aku ikhlas. mengungkit? bukan.. tapi sebab aku sayng kau. aku kawan kerana Allah. tapi kau tak pernah peduli. takpe aku redha. lahiriah kau memang emosi. kau tak mampu kawal emosi kau hingga membabi buta kau syak yang bukan-bukan. jadi mangsa aku. tak pe... ingat lagi maal hijrah lalu. waktu aku peluk kau usai aku mohon maaf? aku tanyakan pada kau sebab kau buat aku macam tu. sebab kau beku je. sebab kau tak bercakap dengan aku. senang. sebab kau dera emosi aku. kau jawab mudah. kau jawab kau tak sedar. kau jawab kau terbawa-bawa emosi kau yang tak menentu. kau tak pasti kenapa kau buat macam tu. kawan sayang. buta hatikah aku ini boleh terima alasan kau. sedang aku emosi sakit memikirkan asbab jadi macam ni. jawaban kau mudah. ringkas. cukup ringkas. tahun baru itu aku jadikan laluan baru moga tak bertelagah lagi. tapi aku silap. kau ulang lagi. sebab aku tahu kau macam tu. maka aku buat perkara yang sama. kau boleh buat macam aku yang salah beneran. tak mengapa. aku faham aku redha. tapi kali ini mungkin kesabaran aku tak mampu aku pujuk lagi. benda sama kau buat. Allah. pedih dan sakit kau tahu. tak. kau tak tahu bahkan takkan inginmengerti. tapi tak mengapa. huluran maaf aku itu ikhlas dari hati. aku tak ingin ramdhan kali ini tercemar dgn tingkah kita. tapi mampukah aku jadi macam dulu. kawan lain sibuk puji aku kuat sebab mampu seperti biasa lagaknya, mereka salah. salah. aku ini lemah. selemah lemahnya. biarlah,. aku mulai redha jika ini Allah aturkan untuk aku dan kau. moga Allah permudahkan. kuatkan hati aku. moga kau bahagia, doa aku jangan lagi jadi perkara sama pada orang lain. pada aku tak mengapa kerana aku mengerti, satu aku mohon.. matanglah... fikir sedalamnya sebelum kau buat seusatu.

kawan ???
yang ini aku tak mampu nak labelkan. label itu mungkin kejam. aku bukan ingin memburukkan mu sebagaimana kau burukkan aku depan yg lain dibelakang aku. aku tahu aku tak buat macam tu. ada saksi. teman lain tahu. cerita kau buat aku sedih sebab depan aku kau baik. belakang aku kau menyedihkan. aku tak mampu cakap banyak.. tak mampu fikir lagi sebab aku mulai redha dengan hal ni. satu aku doa. agar Allah pelihara kau dari segala perkara yang pernah kau buat pada aku juga yang lain. itu sahaja. sehingga sekarang aku masih sakit. paksa diri konon tidak apa-apa.

fikir...
aku terfikir apakah saat aku sakit. saat aku diuji bahkan mungkin di ambang kematian kalian yang aku sayang. sahabt sekalian mampu ada untuk aku. mampu ada beri aku semangat. keluarga tak usah bimbang. saat aku macam ni mereka yang meniupkan semangat tanpa putus asa. mereka ingatkan aku untuk kuat dan berdoa tanpa jemu. aku tak pasti tentang hakikat itu. tapi aku ingin Allah pelihara kalian. rahmati kalian. saat kalian susah. aku akan cuba ada dan mengerti. sekalipun dari jauh. doa aku tak pernah putus. biar aku sendiri yg tahu. simpan dalam dalam. senyap senyap.

Allah kuatkan aku. beri kesembuhan padanya. permudahkan urusan kami. rahmati dan berkati kedua org tuaku, keluargaku, guruku serta muslimin dan muslimat sekalian. Allahumma Ameenn..

nangis diam-diam bawa duka pergi.

Tuesday, June 3, 2014

muntahan emosi

dua hari mata ni basah. sedih. emosi.
hari ni sakit.
oh bukan aku mengeluh tentang sakit yang Allah beri.
aku kesal dengan perangai segelintir ini.
hidup dalam dunia sendiri tak mahu cuba melihat dunia luar.
aku endahkan sahaja.
sampai saat ni aku bertahan kerana aku bisa menangis.
menangis semahu-mahunya.
bengkak muka.
bengkak hati.
nak aku pekik, nanti junam maruah lainnya.
aku bukan manusia tidak tahu mana benar mana salah.
ah payah bicara dengan manusia begini.
diamkan sahaja.
masa tak lama.
sekejap sahaja.
kau kuat.