Wednesday, September 19, 2012

plot apakah ini?

latar dan watak serasi,
semenjak awal hingga kini,
tak menyangka bahwa plot kebiasaan semakin berubah,
manis nya ada, pahitnya juga ada,
saat aku menyangka itu hanya hiasan cereka hidup,
saat itu jua aku merasa seolah ceritanya menjadi realiti,
saat aku mulaiteguh bahwa itu kebenarannya,
perlahan ia kelihatan bagai mimpi di awangan...
plot apakah ini?
bukan kebiasaan dalam hidup ini,
seakan cereka yang baru dikarang,
keliru dan kabur,
andai ia realiti,
tunjukkan bahwa ia benar,
andai meleset dan angan-angan,
tunjukkan jua jika itu benar cuma di awangan...
plot apakah ini?
walau bagaimana jua liku yang tercipta,
semoga hati ini teguh,
semoga akal ini waras,
biar itu menjadi pemanis cereka,
biar itu menjadi bahagian dari plot-plot hidupku...
kelak ia menjadi kenangan terindah...

Friday, September 14, 2012

sharing is caring :)

assalamualaikum :)
memandangkan semester baru telah pun tiba....ayuh renung-renungkan....saya percaya pasti ranjau dugaan akan silih berganti sebelum hadirnya gembira dan bahagia..jadi ini peringatan untuk saya :)

TEGUHKAN HATI ANDA DAN BERSABARLAH(La Tahzan....)

Imam Ahmad berkata;
"ada dua perkataan yang pernah saya dengar dan itu sangat bermanfaat bagi saya menghadapi cubaan hidup:

1. perkataan seorang lelaki yang ditahan kerana minum khamar.dia berkata kepadaku:"wahai Ahmad,teguhkan hatimu,sebab anda disebat kerana membela sunnah Nabi sedangkan saya disebat kerana minuman keras dan saya mampu bersabar."

......jika kalianmampu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka juga menderita kesakitan sebagaimana yang kalian rasakan, sementara kalian mengharapkan dari Allah sesuatu yang tidak mereka harapkan...(An-Nisa':104)

maka brsabarlah, sesunggunhnya janji Allah itubenardan janganlah sekali-kali kalian sampai dipalingkan dari agama kalian oleh orang yang tidak mahu meyakini(kebenaran ayat-ayat Allah).(Ar-Rum:60)


2. perkataan yang diucapkan oleh seorang badwi kepada Imam Ahmad ketika beliau ditahan di penjara dan dirantai: "wahai Ahmad, bersabarlah sebab anda dibunuh di sini dan masuk syurga dari sini juga."

Tuhan mereka memberikan khabar gembira kepada mereka bahawa mereka akan mendapat rahmat, keredhaan dan syurgaNya yang di dalamnya mereka mendapat kenikmatan yang abadi.(At-Taubah:21)

:) peringatan dan semangat buat saya untuk mengejar kejayaan dunia akhirat :)

Sunday, September 9, 2012

langkah baru :)

assalamualaikum...
Alhamdulillah baru selesai mengemas bilik yang akan menjadi tempat suka dan duka saya di sini untuk semester ini..haih rindu rumah la pulak :)

kat sini seorang diri :( tapi tidak mengapa kerana Allah sentiasa ada untuk mendengar rintih hati dan meniup semangat...

ish ish..telefon dan facebook kan ada...boleh juga guna untuk berhubung dengan keluarga..jgn la loghat sangat :P

semester ini akan jadi semester paling sibuk menurut pensyarah...mudah-mudahan dipermudahkan...

mulai hari ini telah bermula jihad di jalan menuntut ilmu...semoga urusan saya dipermudahkan..semoga saya cekal dan sabar meniti setiap halangan yang menguji diri ini...

oh yer...target semester ini mestilah nak berjaya dan lebih berjaya lagi....inshaa Allah...

sampai sini sahaja...jumpa lagi :)

nota :) terima kasih mak dan ayah...tolong usung barang yang bertimbun...ohh terima kasih jugak untuk si kecil Ammar...teman ke hulu ke hilir :)

nota lagi :) akan merindui si kecil dan si kacak yang selalu jadi teman untuk bergaduh.... :'(