Sunday, July 29, 2012

iftar :)

assalam alaykum :)
ramadhan hadir lagi..alhamdulillah masih bernafas untuk menikmati ramadhan kareem.
tajuk pagi nan barokah ini ialah iftar...tadi sempat tengok dokumentari tentang negara turki..masyaAllah...seronok sgt..bumi Allah yg penuh sejarah...yang lagi menarik bila waktu iftar...meriah sangat..kat malaysia riuh rendah promosi iftar dekat merata tempat kan..potongan harga yang diberikan menarik habis kan?kalau nak free iftar anda sila ke majlis yang diadakan oleh sang dermawan atau di masjid...tapi di turki..siap pasang khemah terbuka lagi untuk iftar..semua nya free..bahkan tepi jalan pon orang jamu lagi walaupun air kosong...subhanallah...meriah kan..sebetulnya bukan iftar merupakan antara nikmat yang kita rasa setelah seharian berpuasa...byk lagi barakah yg diterima oleh orang yg berpuasa...sebetul-betulnya, sepanjang kita berpuasa ,kualiti bagaimana yang kita inginkan..ibadah sebanyak mana yang ingin kita pulun...kebaikan bagaimana ingin kita lakukan...niat yang utama..ayuh pertingkatkan kualiti hati dan diri..nasihat untuk diri sendiri sebetulnya...saya ini masih serba kurang..bab amal ibadah lagi la kurang..astaghfirullah...semoga ramadhan kali ini menjadi peluang terbaik untuk saya ke jalan yang lebih baik..amin...semoga sahabat tersayang juga begitu bahkan lebih baik :)

salam ramadhan :)

Wednesday, July 18, 2012

sharing is caring :)

Khasiat Buah Kurma


Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia.

Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya:

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan.
(Maryam : 25)

Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan proses bersalin.

Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa’ad r.a. yang bermaksud:

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang.”

(Sahih Muslim: no 3813)

Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma ini mempunyai khasiat yang tersendiri.


Kandungan Nutrien

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.


Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi.

1.2.1 Kurma mengelakkan penyakit

Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi. Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, “Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.”

1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik

Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh mendatangkan kesan yang lebih serius. Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

1.2.3 Memudahkan proses bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.

Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Hal ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1.2.4 Memudahkan proses pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab ’al-Maktuubaat’ hasil tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s. Oleh hal yang demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang dengan serta-merta.


1.2.5 Kurma menenangkan perasaan

Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s;

“Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan”.

Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.

Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna, bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

1.2.6 Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW. Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.

Nabi bersabda, maksudnya: “Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun.”

(Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)

kredit:blogtokwan :)

Thursday, July 5, 2012

hari akhir,paper akhir,semester akhir....

assalamualaikum :) semoga kalian dilimpahi berkah Nya...
yup saya insomnia sekali lagi..dan berlarutan hampir seminggu..penangan peperiksaan akhir mungkin...saya sedar yang selama ber-blogin tak pernah saya ceriata dunia saya menjadi siswi kan?kan?

mari-mari saya mulakan cerita...oouhhh sebab? hari ini hari akhir saya di kolej kediaman,hari akhir saya menghadapi peperiksaan akhir,hari akhir semester satu...eleh semester satu jer pun...hello...! itu kan antara detik penting saya... :)

bulan dua macam tuh saya mula menjadi siswi... saya bakal pemegang ijazah sarjana muda pengajian bahasa gunaan(bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi profesional),uitm Shah Alam... :) dari cheras ke shah alam..jauh kan?Alhamdulillah...

bermula dengan orientasi yang padat dan ketat...oouh saya benci-benci manja dengan akak-akak tu sebab suka laju-laju.sampai nak makan pun tak boleh hadam dengan baik..sangat bilazim waktu tuh...orientasi tu seronokkk sangat...jujur la...sebab jenjalan merata-rata secara cara halus yakni dengan aktiviti eksplorasi merata-rata dalam uitm..penat ok...

selepas berakhirnya orientasi ketat dan padat,saya mula mengenali hati budi teman-teman sebilik saya..ouhh mereka sangat mengagumkan..saya sayang mereka.siapa? gg(cik najiha gadis pahang), farid(faridah :) gadiperak), ika (zulaikha gadis perak juga)..sebab? bila saya menikmati tidur berkualiti dengan tamak,mereka kejutkan..bila saya lapar tapi malas nak turun beli,mereka belikan...bila ada jajan lebih,kami kongsi...semua sangat memahami... :' ( semester seterusnya saya nak mereka juga...

dalam kelas, saya ad 24 teman...seorang dah pindah...gembira dapat kawan dari merata tempat....ada yang comel,aktif,suka ketawa..macam-macam...paling rapat cik mek dari kelantan..tapi bila hujung semester ni saya rasa kami makin berenggang..saya sedih...saya cuba jernehkannya tapi tak berjaya...hurm...okey,lepas tu saya rapat dengan ija,efa,anis....yup...tapi kebelakangan ni dengan efa dan anis...saya senang dengan mereka...tapi tak tahu a mereka baaimana...dengan mereka saya bebas jadi diri saya..mereka ambik berat pasal saya...bila saya pening dan selesema,anis bagi ubat...sms...efa selalu buat lelucon dan itu ubat mujarab untuk saya sentiasa awet muda...oouhh sayang korang..insyaALlah sampai jannah...

lepas bergelumang dengan tugasan,ujian dan peperiksaan...akhirnya tiba di penghujung...semester hadapan pasti lebih mencabar...tiada yang mudah untuk satu kesenangan atau kejayaan...

saya mengenali erti kehidupan yang sebena dengan mereka...dengan berada di sini...saya jatuh dan bangun dengan mereka..dengan doa dari keluarga..di sini...kejayaan yang bakal saya ukir pasti bersama mereka disini...ukhuwah yang sudah terjalin di sini dengan mereka biar kekal hingga ke jannah...bukan berakkhir di sini :)

i love my journey :) thanks Allah..syukurAlhamdulillah...

mood...: insomnia + overactive due too homesick :P