Friday, December 27, 2013

menangis tanpa air mata !

assalamualaikum :)

hari ni entah hari keberapa aku termenung lagi. termenung mengenang jalan yang aku lewati ini. haih ayat. mari kita terus fokus pada isi yang ingin aku sampaikan. senang dan mudahnya ialah berkenaan thesis atau penulisan ilmiah yang sedang aku usahakan. aku berjanji dengan penyelia untuk tidak memuat naik sebarang rungutan atau ayat yang berbaur petanda bahawa diri sedang dilanda masalah dalam menyiapkan penulisan ilmiah..ahhh hendak diluah pada yang hampir seakan tidak sudi. mana tak sudinya, mereka pun banyak masalah ye dakkk...? mengadu pada Allah itu setiap saat..tak pernah malu dan jemu.sedang suruhan Allah itu lambat-lambat aku tunaikan.astaghfirullahal'azim....mengadu pada keluarga sudah semestinya.tapi mengadulah berbakul sekalipun, mereka hanya mampu mendengar dan menasihati diri aku yang kurang waras akan relaiti hidup. mana mampu aku lempiaskan semua rasa pada mereka sedang mereka tak berdosa.haha.jadi mari aku lempiaskan dalam laman digital yang tak bersuara...statik sahaja. lebih baik bukan ?

belakangan ni aku sendiri tak pasti mana pergi kesensitifan terhadap diri aku dan orang lain. aku jadi kurang sopan dari riak wajah. aku tahu dan sedar ada amarah balik wajah mereka. reaksi aku berpura- pura kononnya aku tak salah. buat tak tahu. gembira macam orang kurang  siuman. sedang dalam hati aku, serba salah menghhimpit. aku sedar sesedarnya kalau mereka marah. aku sedih dan marah jugak. come on, aku manusia jugak. kau lupa? kebelakangan ni aku gemar senyum sorang-sorang. itu petanda kau hampir gila barangkali? Allah beri kesihatan terbaik untuk ku ...banyak benda yang aku sedar bila aku buat reaksi beku dan gila macam tu. saat aku berdepan dengan emosi mereka yang bergelora tu, aku mampu tenang dan lapang. aku mampu senyum macam orang baru kahwin..aku mampu nasihat orang untuk tenang. aku bahagia buat begitu. biar aku simpan dalam-dalam rasa aku. aku bahagia.sungguh.

aku kurang gemar bercakap mengenai rasa,perasaan, emosi dengan manusia.spesifiknya mereka. aku jadi terbeban bila aku lihat wajah mereka ibarat minta seribu badak rempuh mereka.maaf kurang sopan ayat aku. tapi itu yang aku nampak.aku cuba jadi prihatin mengalahkan menteri kebajikan atau ketua sukarelawan saat mendengar masalah atau rungutan atau aduan ataukisah bahagia mereka. tapi bila aku pula, oh lain sekali jadinya. tak mengapa. diam. lapang dada. mungkin cerita kau bosan kalah sepuluh jilid sejarah-sejarah kuno.yang aku tahu, aku dididik untuk hormati manusia sewajarnya. maka itu yang aku lakukan.buruk atau baik mereka, masih mereka punya jasa.syukur.

bercakap mengenai thesis.ilmiah sungguh.belakangan ini aku perlu melatih diri untuk lebih HEMOI. maka dengan itu pendekatan diam. lapang dada. senyum. aku laksanakan denggan gigih. penyelia aku seorang ahli pemikir yang terkenal. dalam fakulti aku, beliau seorang pemikir yang sentiasa menggunakan ayat-ayat yang sukar difahami jika tak mendalami dengan sedalam-dalamnya.maka suka untuk aku katakan kalau pesanan yang beliau khabarkan pada aku dan teman sepenyelia dengannya pada hari ini, keesokannya baru aku mengerti.oh pasti hasil tilikan dan pendalaman makna yang teliti.bercakap mengenai teori dalam kajian aku juga memakan masa lebih tiga minggu untuk aku tahu kalau hanya separuh teori boleh digunakan.beliau berpesan untuk terapkan HEMOI itu dalam diri jika ingin melangkah jauh. maka aku perhalusi makna HEMOI itu dan kaitkan dengan tingkah dan tutur aku sebelum ini. kebenanaran kata-kata beliau aku akui seratus peratus.

aku kenang kembali saat aku setuju dengan rela hati dan lapang dada menerima tajuk bawah seliaan beliau. tak da sekelumit rasa kesal kerana aku yakin Allah beri keyakinan itu pada aku. aku gembira dan bersyukur. bukan semua punya ruang dan peluang untuk menerima ilmu dan tunjuk ajar beliau.aku kagumi beliau dari satu sudut saat beliau memberi nasihat.semuanya benar. perkara yang diperkatakan ada dan wujud dalam diri aku.ibarat seorang ibu, itu cara beliau memberi nasihat, dorongan semangat dan teguran. kata-kata beliau memerlukan aku berfikir sedalamnya. dari sis negatif fikiran aku~ susah untuk aku faham.kenapa tak terus terang shj. lebih mudah. dari sudut positif~ manusia khilaf itu aku. sedangkan tingkah setiap hari boleh undang dosa dan duka kerana tak berfikir panjang,apalah salahnya kalau aku ambil ruang dan pelunag untuk didik hati dan minda berfikir dengan mendalam. sedangkan nabi setiap malam sebelum tidur memikirkan soal ummah.aku ini manusia pendosa sikit pun tak ingin berfikir khilaf lalu.

mendengar luahan hati teman berkenaan penulisan yang sedang diusahakan sedikit sebanyak membuka hati dan minda aku. jujur aku merasakan perkara yang sama bahkan mungkin lebih sensitif kerana aku berdepan dengan reaksi yang agak kurang memberansangkan.tapi aku cuba didik hati aku sebaiknya untuk kuat dan terus yakin dan usaha dengan jalan yang aku pilih. kalau nabi berdepan dengan cabaran saat ingin mendidik dan menerapkan islam dalam jiwa setiap manusia apalah sangat isu aku dengan penulisan yang tak seberapa. itu buat aku sedar diri. ayah jarang berbicara.tapi saat dia mula berkata- kata aku akui kebenarannya. dia melihat jatuh bangun aku. melihat bagaimana cengeng aku berdepan dengan masalah picisan. maka dia katakan pada aku saat aku menghabiskan masa dengannya membaca buku bersama.kalau namanya belajar, mana ada benda yang mudah. sedang ingin tidur kita letak usaha sebelum bisa tidur nyenyak. maka begitu juga saat kita belajar. kalau itu jalan kita pilih kenapa perlu ada ragu-ragu dan kesal.mahu atau tidak itu jalan kita pilih. sudah beberapa langkah kaki kita orak maka jangan undur. teruskan....

aku bersyukur punya banyak saluran untuk aku tenangkan hati, lapang dada, fikir positif,bersedih berduka, melayan hati dan perasaan. aku tahu kepayahan itu sentiasa ada sebelum aku mampu tersenyum gembira.maka untuk itu, sebelum tiba masa aku tersenyum bersama kekasih-kekasih aku ,jalan yang aku pilih ini akan jadi saksi jatuh bangun suka duka aku. aku tak ambil peduli mereka ingin fikir apa. mereka juga manusia. kalau saat ini aku sedang diuji. mungkin tiba suatu saat giliran mreka pula. ujian hadir berbagai bentuk. ALlah takkan uji aku kalau aku tak mampu tanggung. ALlah jua sebaik-baik yang mengetahui buruk baik sesuatu.maka aku mohon pada asma yang memberi aku nyawa untuk hidup di bumi ini,beri aku kekuatan,beri aku keteguhan dan kesabaran yang cukup untuk aku lewati ujian MU.

tak guna aku bicara soal penulisan ilmiah sedang aku masih bergelut mencari solusi biar lancar kerjanya. suka untuk aku khabarkan, dalam hidup kita, akan datang berbagai ujian.slaha satu ujian hadir dalam bentuk manusia.manusia ini mungkin kurang peka dengan keadaan kita. maka maafkan mereka.lupakan dan teruskan melangkah. pada saat kita rasa terbeban dan sukar meneruskan langkah.pujuk hati.luah pada yang Esa. senangkan hati orang yang kita sayang. melihat bahagia mereka mengundang bahagia untuk kita juga. saat itu, kita akan kuat untuk teruskan langkah. bukan orang lain memaksa kita untuk melalui jalan yang kita pilih. sebaliknya kita sendiri yang pilih. maka kenapa prlu kita menyesali tindakan kita.sedangkan Allah membenarkan kehendak kita itu.maka yakinlah da hikmah dan sebab penuh hikmah kenapa kita berada di jalan itu dengan mereka yang Allah kirim. untuk itu,aku mohon srendah-rendah hati aku,maafkan aku andai terguris hati membaca coret aku kali ini.doakan aku berjaya meraih kejayaan di dunia dan di akhirat. doa kau untuk kalian sentiasa ada.

assaamualaikum :)

Thursday, December 26, 2013

rindu

rindu. entah bila rindu itu pandai bertamu. mimpi itu gusarkan aku. siapa pemilik suara itu. kalau benar mimpi itu bakal nyata. aku bersyukur. aku gembira. rindu itu bertamu lagi. kali ini aku tak pasti. untuk siapa dan kenapa. rindu yang bertamu ini lain dari selalu. kalau rindu ini binasakan hati dan tingkah ku maka jauhkanlah. kalau rindu itu nikmat dariMu maka Kau dekatkanlah dan suburkanlah.aku masih tak pasti. masih mencari jawapan. aku tak tahu bagaimana ada rasa itu. dari rentetan kisah apa. rindu itu bertamu lagi. makin kuat rasa itu. makin aku kuat melangkah. aku yakin ada jawapan indah menanti. sebelum itu perlu aku nikmati pahit manis tanda kasih Allah pada aku. redhai aku. rindu itu bertamu lagi. moga tak surut. moga mekar dan subur. terima kaish atas nikmat itu. aku bahagia. aku gembira. rindu itu bertamu lagi mengajak aku membina hati dan diri yang baru. mengajar aku menjadi insan yang aku suatu ketika dulu pernah mimpikannya.. rindu itu bertamu lagi. terima kasih. moga tak surut kasih dan rahmat Allah untuk insan-insan aku cinta :)

bahagian dari coret bakal dikongsi dengan pencinta aksara :) 
moga Allah permudahkan :)

assalamualaikum :)



dengan nama Allah yang masih memberi ruang dan peluang :)
assalamualaikum...akhirnya bertangguh-tangguh nak jengah dapat jugak peluang :)
okey pemalas sebenarnya.
suka untuk aku katakan hidup kita ini ibarat lensa kamera. bias cahaya potretnya nanti terlihat waktu kita bertemu Rabb... Allah..banyak khilaf aku. hari demi hari selagi aku bertapak di muka bumi ini, banyak ujian yang aku terima. bukan merungut. ah mana mungkin aku ini manusia serba kurang. bohong kalau tak mengeluh walau sedikit. ruang dan peluang yang ada ini muncul hasil usaha gigih yang tak seberapa selama beberapa hai menyiapkan proposal untuk penulisan ilmiah aku. Allah bukan senang kejar ilmu dunia.apatah lagi ilmu akhirat. sedang ilmu dunia keluhan yang bertimpa-timpa dalam hati, inikan pula ilmu akhirat yang perlunya kita kejar dan teroka dengan penuh minat dan istiqamah. mungkin coret kali ini panjang. tapi lebih baik luah di sini dari luah pada orang yang tk mungkin faham apa yang kita fikir dan rasa. Allah beri aku nikmat dalam hidup.ketemu orang2 istimewa. aku bersyukur. syukur dr mereka aku belajar perbaiki diri,refleks diri aku. cermin diri aku. dari situ aku nampak diri aku yang dulu macam mana. apa yang kurang. apa yang jelek. Allah sungguh pemberi nikmat dan jalan untuk aku. jujur aku sendiri kadang tak percaya jalan yang sedang aku lewati ini. mengujakan.mengejutkan.mengundang duka.mengundang amarah. Allah tahu semua yang tersuat dan tersirat. ade hikmah aku dihantar berkelana di bumi shah alam bersama insan2 istimewa ni.

terlalu banyak untuk aku luah rentetan yang terjadi. selama dua thn aku berkelana di daerah ilmu ini, hati dan perasaan aku berkecamuk dengan pelbagai rasa. sungguh terkadang aku mampu berlagak sok tenang sedang hati amuk dan badai. siapa pun boleh sok tenang dan gembira. dalam hati dilanda badai tak siapa tahu kecuali Dia.selama dua tahun, dua tahun ini emosi aku dicabar pelbagai benda. kadang aku kagum. sejauh ini aku kuat. jadi tak salah untuk aku terus bertahan. setahun lagi. aku sendiri tak pasti. malang merantai aku dalam hubungan persahabatan atau aku yang menjadi punca semuanya. bila ditilik disoal sekeliling aku tahu seperkara yang mana itu kelemahan aku. manusia khilaf itu aku.

seharian aku dengan kenalan lama yang entah bagaimana dan apa punca dia jauh aku tak pasti. alhamdulillah aku punya ruang dan peluang untuk bersama dia. dengan jujur dia mohon maaf pada aku kerana ayat  yang dia bakal katakan pada aku itu sungguh mungkin ibarat menikam hati aku sendiri. dia katakan pada aku kalau aku kelihatan seakan dipergunakan oleh mereka- mereka. aku tak pasti sejauh mana fikir dia hingga mengatakan itu kepada aku. dia menyapa aku tatkala aku dirundung kekusutan bersama mereka. aku tak tahu apa lagi yang mereka mahu. sedaya upaya aku ini menjaga hati mereka.cuba sayang mereka. tapi kelihatannya kasih itu tak dipupuk elok. aku redha. tapi pada saat aku dikatakan terlihat seakan diperguna, aku dirasuk untuk kembali mengimbau jalan-jalan lalu yang aku ambil. mungkin ada benarnya.

jalan baru yang aku pilih semenjak semester lalu bukan aku fikir dan kuatkan hati sehari dua. tapi hampir setahun. aku tak punya kekuatan tetapi Allah meniupkannya pada aku. dengan nikmat dan kasih Allah aku mampu sejauh ini melewati jalan baru ini. masih banyak khilaf dan kurang aku. mungkin kerana aku lebih memilih untuk berdiam diri dan menurut sahaja angin yang datang. mungkin kerana itu. dia mengatakan kalau sikap aku itu menjadi tiket mereka perlakukan aku begitu tanpa sedar. aku tak pasti sejauh mana ia benar. aku redha. itu bahagian dari jalan yang pernah aku lalu. jatuh bangun aku saat lewat jalan itu, tak pernah aku lupa. bahkan itu yang menjadikan aku yang hari ini. kau bersyukur punya insan lain yang sudi memberi kasih dan semangat untuk aku terus melangkah.

bohong aku tak pernah jatuh. bohong aku tak pernah menangis.bohong aku tak pernah luka. sehingga kini aku diuji. aku redha. mungkin mereka memang azali begitu. siapa aku persoalkan ciptaan Allah begitu.sedang kau juga banyak kurang dan khilaf. Allah. aku punya mak, ayah, angah, achik ,adik yang sentiasa memberi kasih dan semangat untuk aku. mereka saksi jatuh bangun aku.mereka saksi buruk kurang aku. mereka saksi sukar dan lelah aku saat melalui jalan ini. kadang aku seakan tak percaya sejauh ini aku lewat jalan ini. aku syukur. syukur sesungguhnya aku sudah berada dalam jalan yang aku benar2 inginkan dulu. aku cari redha Allah dan keluarga. jika sekeliling turut mendoakan dan meredhai jalan ini maka aku lebihberlapang hati dan fikiran. lebih bahagia aku melalui jalan ini. bukan mudah. semua orang yang aku jumpa untuk minta mutiara kata dr mereka ttg jalan ini pesan mereka perkara yang sama.

semakin jaiuh aku berjalan. semakin aku mengerti kebenaran dan ujian lain yang bakal mendatang. moga Allah kuatkan aku. moga hati dan diri ini terus kuat melangkah. inshaAllah , amiinn