Friday, December 27, 2013

menangis tanpa air mata !

assalamualaikum :)

hari ni entah hari keberapa aku termenung lagi. termenung mengenang jalan yang aku lewati ini. haih ayat. mari kita terus fokus pada isi yang ingin aku sampaikan. senang dan mudahnya ialah berkenaan thesis atau penulisan ilmiah yang sedang aku usahakan. aku berjanji dengan penyelia untuk tidak memuat naik sebarang rungutan atau ayat yang berbaur petanda bahawa diri sedang dilanda masalah dalam menyiapkan penulisan ilmiah..ahhh hendak diluah pada yang hampir seakan tidak sudi. mana tak sudinya, mereka pun banyak masalah ye dakkk...? mengadu pada Allah itu setiap saat..tak pernah malu dan jemu.sedang suruhan Allah itu lambat-lambat aku tunaikan.astaghfirullahal'azim....mengadu pada keluarga sudah semestinya.tapi mengadulah berbakul sekalipun, mereka hanya mampu mendengar dan menasihati diri aku yang kurang waras akan relaiti hidup. mana mampu aku lempiaskan semua rasa pada mereka sedang mereka tak berdosa.haha.jadi mari aku lempiaskan dalam laman digital yang tak bersuara...statik sahaja. lebih baik bukan ?

belakangan ni aku sendiri tak pasti mana pergi kesensitifan terhadap diri aku dan orang lain. aku jadi kurang sopan dari riak wajah. aku tahu dan sedar ada amarah balik wajah mereka. reaksi aku berpura- pura kononnya aku tak salah. buat tak tahu. gembira macam orang kurang  siuman. sedang dalam hati aku, serba salah menghhimpit. aku sedar sesedarnya kalau mereka marah. aku sedih dan marah jugak. come on, aku manusia jugak. kau lupa? kebelakangan ni aku gemar senyum sorang-sorang. itu petanda kau hampir gila barangkali? Allah beri kesihatan terbaik untuk ku ...banyak benda yang aku sedar bila aku buat reaksi beku dan gila macam tu. saat aku berdepan dengan emosi mereka yang bergelora tu, aku mampu tenang dan lapang. aku mampu senyum macam orang baru kahwin..aku mampu nasihat orang untuk tenang. aku bahagia buat begitu. biar aku simpan dalam-dalam rasa aku. aku bahagia.sungguh.

aku kurang gemar bercakap mengenai rasa,perasaan, emosi dengan manusia.spesifiknya mereka. aku jadi terbeban bila aku lihat wajah mereka ibarat minta seribu badak rempuh mereka.maaf kurang sopan ayat aku. tapi itu yang aku nampak.aku cuba jadi prihatin mengalahkan menteri kebajikan atau ketua sukarelawan saat mendengar masalah atau rungutan atau aduan ataukisah bahagia mereka. tapi bila aku pula, oh lain sekali jadinya. tak mengapa. diam. lapang dada. mungkin cerita kau bosan kalah sepuluh jilid sejarah-sejarah kuno.yang aku tahu, aku dididik untuk hormati manusia sewajarnya. maka itu yang aku lakukan.buruk atau baik mereka, masih mereka punya jasa.syukur.

bercakap mengenai thesis.ilmiah sungguh.belakangan ini aku perlu melatih diri untuk lebih HEMOI. maka dengan itu pendekatan diam. lapang dada. senyum. aku laksanakan denggan gigih. penyelia aku seorang ahli pemikir yang terkenal. dalam fakulti aku, beliau seorang pemikir yang sentiasa menggunakan ayat-ayat yang sukar difahami jika tak mendalami dengan sedalam-dalamnya.maka suka untuk aku katakan kalau pesanan yang beliau khabarkan pada aku dan teman sepenyelia dengannya pada hari ini, keesokannya baru aku mengerti.oh pasti hasil tilikan dan pendalaman makna yang teliti.bercakap mengenai teori dalam kajian aku juga memakan masa lebih tiga minggu untuk aku tahu kalau hanya separuh teori boleh digunakan.beliau berpesan untuk terapkan HEMOI itu dalam diri jika ingin melangkah jauh. maka aku perhalusi makna HEMOI itu dan kaitkan dengan tingkah dan tutur aku sebelum ini. kebenanaran kata-kata beliau aku akui seratus peratus.

aku kenang kembali saat aku setuju dengan rela hati dan lapang dada menerima tajuk bawah seliaan beliau. tak da sekelumit rasa kesal kerana aku yakin Allah beri keyakinan itu pada aku. aku gembira dan bersyukur. bukan semua punya ruang dan peluang untuk menerima ilmu dan tunjuk ajar beliau.aku kagumi beliau dari satu sudut saat beliau memberi nasihat.semuanya benar. perkara yang diperkatakan ada dan wujud dalam diri aku.ibarat seorang ibu, itu cara beliau memberi nasihat, dorongan semangat dan teguran. kata-kata beliau memerlukan aku berfikir sedalamnya. dari sis negatif fikiran aku~ susah untuk aku faham.kenapa tak terus terang shj. lebih mudah. dari sudut positif~ manusia khilaf itu aku. sedangkan tingkah setiap hari boleh undang dosa dan duka kerana tak berfikir panjang,apalah salahnya kalau aku ambil ruang dan pelunag untuk didik hati dan minda berfikir dengan mendalam. sedangkan nabi setiap malam sebelum tidur memikirkan soal ummah.aku ini manusia pendosa sikit pun tak ingin berfikir khilaf lalu.

mendengar luahan hati teman berkenaan penulisan yang sedang diusahakan sedikit sebanyak membuka hati dan minda aku. jujur aku merasakan perkara yang sama bahkan mungkin lebih sensitif kerana aku berdepan dengan reaksi yang agak kurang memberansangkan.tapi aku cuba didik hati aku sebaiknya untuk kuat dan terus yakin dan usaha dengan jalan yang aku pilih. kalau nabi berdepan dengan cabaran saat ingin mendidik dan menerapkan islam dalam jiwa setiap manusia apalah sangat isu aku dengan penulisan yang tak seberapa. itu buat aku sedar diri. ayah jarang berbicara.tapi saat dia mula berkata- kata aku akui kebenarannya. dia melihat jatuh bangun aku. melihat bagaimana cengeng aku berdepan dengan masalah picisan. maka dia katakan pada aku saat aku menghabiskan masa dengannya membaca buku bersama.kalau namanya belajar, mana ada benda yang mudah. sedang ingin tidur kita letak usaha sebelum bisa tidur nyenyak. maka begitu juga saat kita belajar. kalau itu jalan kita pilih kenapa perlu ada ragu-ragu dan kesal.mahu atau tidak itu jalan kita pilih. sudah beberapa langkah kaki kita orak maka jangan undur. teruskan....

aku bersyukur punya banyak saluran untuk aku tenangkan hati, lapang dada, fikir positif,bersedih berduka, melayan hati dan perasaan. aku tahu kepayahan itu sentiasa ada sebelum aku mampu tersenyum gembira.maka untuk itu, sebelum tiba masa aku tersenyum bersama kekasih-kekasih aku ,jalan yang aku pilih ini akan jadi saksi jatuh bangun suka duka aku. aku tak ambil peduli mereka ingin fikir apa. mereka juga manusia. kalau saat ini aku sedang diuji. mungkin tiba suatu saat giliran mreka pula. ujian hadir berbagai bentuk. ALlah takkan uji aku kalau aku tak mampu tanggung. ALlah jua sebaik-baik yang mengetahui buruk baik sesuatu.maka aku mohon pada asma yang memberi aku nyawa untuk hidup di bumi ini,beri aku kekuatan,beri aku keteguhan dan kesabaran yang cukup untuk aku lewati ujian MU.

tak guna aku bicara soal penulisan ilmiah sedang aku masih bergelut mencari solusi biar lancar kerjanya. suka untuk aku khabarkan, dalam hidup kita, akan datang berbagai ujian.slaha satu ujian hadir dalam bentuk manusia.manusia ini mungkin kurang peka dengan keadaan kita. maka maafkan mereka.lupakan dan teruskan melangkah. pada saat kita rasa terbeban dan sukar meneruskan langkah.pujuk hati.luah pada yang Esa. senangkan hati orang yang kita sayang. melihat bahagia mereka mengundang bahagia untuk kita juga. saat itu, kita akan kuat untuk teruskan langkah. bukan orang lain memaksa kita untuk melalui jalan yang kita pilih. sebaliknya kita sendiri yang pilih. maka kenapa prlu kita menyesali tindakan kita.sedangkan Allah membenarkan kehendak kita itu.maka yakinlah da hikmah dan sebab penuh hikmah kenapa kita berada di jalan itu dengan mereka yang Allah kirim. untuk itu,aku mohon srendah-rendah hati aku,maafkan aku andai terguris hati membaca coret aku kali ini.doakan aku berjaya meraih kejayaan di dunia dan di akhirat. doa kau untuk kalian sentiasa ada.

assaamualaikum :)

No comments: