Friday, December 27, 2013

menangis tanpa air mata !

assalamualaikum :)

hari ni entah hari keberapa aku termenung lagi. termenung mengenang jalan yang aku lewati ini. haih ayat. mari kita terus fokus pada isi yang ingin aku sampaikan. senang dan mudahnya ialah berkenaan thesis atau penulisan ilmiah yang sedang aku usahakan. aku berjanji dengan penyelia untuk tidak memuat naik sebarang rungutan atau ayat yang berbaur petanda bahawa diri sedang dilanda masalah dalam menyiapkan penulisan ilmiah..ahhh hendak diluah pada yang hampir seakan tidak sudi. mana tak sudinya, mereka pun banyak masalah ye dakkk...? mengadu pada Allah itu setiap saat..tak pernah malu dan jemu.sedang suruhan Allah itu lambat-lambat aku tunaikan.astaghfirullahal'azim....mengadu pada keluarga sudah semestinya.tapi mengadulah berbakul sekalipun, mereka hanya mampu mendengar dan menasihati diri aku yang kurang waras akan relaiti hidup. mana mampu aku lempiaskan semua rasa pada mereka sedang mereka tak berdosa.haha.jadi mari aku lempiaskan dalam laman digital yang tak bersuara...statik sahaja. lebih baik bukan ?

belakangan ni aku sendiri tak pasti mana pergi kesensitifan terhadap diri aku dan orang lain. aku jadi kurang sopan dari riak wajah. aku tahu dan sedar ada amarah balik wajah mereka. reaksi aku berpura- pura kononnya aku tak salah. buat tak tahu. gembira macam orang kurang  siuman. sedang dalam hati aku, serba salah menghhimpit. aku sedar sesedarnya kalau mereka marah. aku sedih dan marah jugak. come on, aku manusia jugak. kau lupa? kebelakangan ni aku gemar senyum sorang-sorang. itu petanda kau hampir gila barangkali? Allah beri kesihatan terbaik untuk ku ...banyak benda yang aku sedar bila aku buat reaksi beku dan gila macam tu. saat aku berdepan dengan emosi mereka yang bergelora tu, aku mampu tenang dan lapang. aku mampu senyum macam orang baru kahwin..aku mampu nasihat orang untuk tenang. aku bahagia buat begitu. biar aku simpan dalam-dalam rasa aku. aku bahagia.sungguh.

aku kurang gemar bercakap mengenai rasa,perasaan, emosi dengan manusia.spesifiknya mereka. aku jadi terbeban bila aku lihat wajah mereka ibarat minta seribu badak rempuh mereka.maaf kurang sopan ayat aku. tapi itu yang aku nampak.aku cuba jadi prihatin mengalahkan menteri kebajikan atau ketua sukarelawan saat mendengar masalah atau rungutan atau aduan ataukisah bahagia mereka. tapi bila aku pula, oh lain sekali jadinya. tak mengapa. diam. lapang dada. mungkin cerita kau bosan kalah sepuluh jilid sejarah-sejarah kuno.yang aku tahu, aku dididik untuk hormati manusia sewajarnya. maka itu yang aku lakukan.buruk atau baik mereka, masih mereka punya jasa.syukur.

bercakap mengenai thesis.ilmiah sungguh.belakangan ini aku perlu melatih diri untuk lebih HEMOI. maka dengan itu pendekatan diam. lapang dada. senyum. aku laksanakan denggan gigih. penyelia aku seorang ahli pemikir yang terkenal. dalam fakulti aku, beliau seorang pemikir yang sentiasa menggunakan ayat-ayat yang sukar difahami jika tak mendalami dengan sedalam-dalamnya.maka suka untuk aku katakan kalau pesanan yang beliau khabarkan pada aku dan teman sepenyelia dengannya pada hari ini, keesokannya baru aku mengerti.oh pasti hasil tilikan dan pendalaman makna yang teliti.bercakap mengenai teori dalam kajian aku juga memakan masa lebih tiga minggu untuk aku tahu kalau hanya separuh teori boleh digunakan.beliau berpesan untuk terapkan HEMOI itu dalam diri jika ingin melangkah jauh. maka aku perhalusi makna HEMOI itu dan kaitkan dengan tingkah dan tutur aku sebelum ini. kebenanaran kata-kata beliau aku akui seratus peratus.

aku kenang kembali saat aku setuju dengan rela hati dan lapang dada menerima tajuk bawah seliaan beliau. tak da sekelumit rasa kesal kerana aku yakin Allah beri keyakinan itu pada aku. aku gembira dan bersyukur. bukan semua punya ruang dan peluang untuk menerima ilmu dan tunjuk ajar beliau.aku kagumi beliau dari satu sudut saat beliau memberi nasihat.semuanya benar. perkara yang diperkatakan ada dan wujud dalam diri aku.ibarat seorang ibu, itu cara beliau memberi nasihat, dorongan semangat dan teguran. kata-kata beliau memerlukan aku berfikir sedalamnya. dari sis negatif fikiran aku~ susah untuk aku faham.kenapa tak terus terang shj. lebih mudah. dari sudut positif~ manusia khilaf itu aku. sedangkan tingkah setiap hari boleh undang dosa dan duka kerana tak berfikir panjang,apalah salahnya kalau aku ambil ruang dan pelunag untuk didik hati dan minda berfikir dengan mendalam. sedangkan nabi setiap malam sebelum tidur memikirkan soal ummah.aku ini manusia pendosa sikit pun tak ingin berfikir khilaf lalu.

mendengar luahan hati teman berkenaan penulisan yang sedang diusahakan sedikit sebanyak membuka hati dan minda aku. jujur aku merasakan perkara yang sama bahkan mungkin lebih sensitif kerana aku berdepan dengan reaksi yang agak kurang memberansangkan.tapi aku cuba didik hati aku sebaiknya untuk kuat dan terus yakin dan usaha dengan jalan yang aku pilih. kalau nabi berdepan dengan cabaran saat ingin mendidik dan menerapkan islam dalam jiwa setiap manusia apalah sangat isu aku dengan penulisan yang tak seberapa. itu buat aku sedar diri. ayah jarang berbicara.tapi saat dia mula berkata- kata aku akui kebenarannya. dia melihat jatuh bangun aku. melihat bagaimana cengeng aku berdepan dengan masalah picisan. maka dia katakan pada aku saat aku menghabiskan masa dengannya membaca buku bersama.kalau namanya belajar, mana ada benda yang mudah. sedang ingin tidur kita letak usaha sebelum bisa tidur nyenyak. maka begitu juga saat kita belajar. kalau itu jalan kita pilih kenapa perlu ada ragu-ragu dan kesal.mahu atau tidak itu jalan kita pilih. sudah beberapa langkah kaki kita orak maka jangan undur. teruskan....

aku bersyukur punya banyak saluran untuk aku tenangkan hati, lapang dada, fikir positif,bersedih berduka, melayan hati dan perasaan. aku tahu kepayahan itu sentiasa ada sebelum aku mampu tersenyum gembira.maka untuk itu, sebelum tiba masa aku tersenyum bersama kekasih-kekasih aku ,jalan yang aku pilih ini akan jadi saksi jatuh bangun suka duka aku. aku tak ambil peduli mereka ingin fikir apa. mereka juga manusia. kalau saat ini aku sedang diuji. mungkin tiba suatu saat giliran mreka pula. ujian hadir berbagai bentuk. ALlah takkan uji aku kalau aku tak mampu tanggung. ALlah jua sebaik-baik yang mengetahui buruk baik sesuatu.maka aku mohon pada asma yang memberi aku nyawa untuk hidup di bumi ini,beri aku kekuatan,beri aku keteguhan dan kesabaran yang cukup untuk aku lewati ujian MU.

tak guna aku bicara soal penulisan ilmiah sedang aku masih bergelut mencari solusi biar lancar kerjanya. suka untuk aku khabarkan, dalam hidup kita, akan datang berbagai ujian.slaha satu ujian hadir dalam bentuk manusia.manusia ini mungkin kurang peka dengan keadaan kita. maka maafkan mereka.lupakan dan teruskan melangkah. pada saat kita rasa terbeban dan sukar meneruskan langkah.pujuk hati.luah pada yang Esa. senangkan hati orang yang kita sayang. melihat bahagia mereka mengundang bahagia untuk kita juga. saat itu, kita akan kuat untuk teruskan langkah. bukan orang lain memaksa kita untuk melalui jalan yang kita pilih. sebaliknya kita sendiri yang pilih. maka kenapa prlu kita menyesali tindakan kita.sedangkan Allah membenarkan kehendak kita itu.maka yakinlah da hikmah dan sebab penuh hikmah kenapa kita berada di jalan itu dengan mereka yang Allah kirim. untuk itu,aku mohon srendah-rendah hati aku,maafkan aku andai terguris hati membaca coret aku kali ini.doakan aku berjaya meraih kejayaan di dunia dan di akhirat. doa kau untuk kalian sentiasa ada.

assaamualaikum :)

Thursday, December 26, 2013

rindu

rindu. entah bila rindu itu pandai bertamu. mimpi itu gusarkan aku. siapa pemilik suara itu. kalau benar mimpi itu bakal nyata. aku bersyukur. aku gembira. rindu itu bertamu lagi. kali ini aku tak pasti. untuk siapa dan kenapa. rindu yang bertamu ini lain dari selalu. kalau rindu ini binasakan hati dan tingkah ku maka jauhkanlah. kalau rindu itu nikmat dariMu maka Kau dekatkanlah dan suburkanlah.aku masih tak pasti. masih mencari jawapan. aku tak tahu bagaimana ada rasa itu. dari rentetan kisah apa. rindu itu bertamu lagi. makin kuat rasa itu. makin aku kuat melangkah. aku yakin ada jawapan indah menanti. sebelum itu perlu aku nikmati pahit manis tanda kasih Allah pada aku. redhai aku. rindu itu bertamu lagi. moga tak surut. moga mekar dan subur. terima kaish atas nikmat itu. aku bahagia. aku gembira. rindu itu bertamu lagi mengajak aku membina hati dan diri yang baru. mengajar aku menjadi insan yang aku suatu ketika dulu pernah mimpikannya.. rindu itu bertamu lagi. terima kasih. moga tak surut kasih dan rahmat Allah untuk insan-insan aku cinta :)

bahagian dari coret bakal dikongsi dengan pencinta aksara :) 
moga Allah permudahkan :)

assalamualaikum :)



dengan nama Allah yang masih memberi ruang dan peluang :)
assalamualaikum...akhirnya bertangguh-tangguh nak jengah dapat jugak peluang :)
okey pemalas sebenarnya.
suka untuk aku katakan hidup kita ini ibarat lensa kamera. bias cahaya potretnya nanti terlihat waktu kita bertemu Rabb... Allah..banyak khilaf aku. hari demi hari selagi aku bertapak di muka bumi ini, banyak ujian yang aku terima. bukan merungut. ah mana mungkin aku ini manusia serba kurang. bohong kalau tak mengeluh walau sedikit. ruang dan peluang yang ada ini muncul hasil usaha gigih yang tak seberapa selama beberapa hai menyiapkan proposal untuk penulisan ilmiah aku. Allah bukan senang kejar ilmu dunia.apatah lagi ilmu akhirat. sedang ilmu dunia keluhan yang bertimpa-timpa dalam hati, inikan pula ilmu akhirat yang perlunya kita kejar dan teroka dengan penuh minat dan istiqamah. mungkin coret kali ini panjang. tapi lebih baik luah di sini dari luah pada orang yang tk mungkin faham apa yang kita fikir dan rasa. Allah beri aku nikmat dalam hidup.ketemu orang2 istimewa. aku bersyukur. syukur dr mereka aku belajar perbaiki diri,refleks diri aku. cermin diri aku. dari situ aku nampak diri aku yang dulu macam mana. apa yang kurang. apa yang jelek. Allah sungguh pemberi nikmat dan jalan untuk aku. jujur aku sendiri kadang tak percaya jalan yang sedang aku lewati ini. mengujakan.mengejutkan.mengundang duka.mengundang amarah. Allah tahu semua yang tersuat dan tersirat. ade hikmah aku dihantar berkelana di bumi shah alam bersama insan2 istimewa ni.

terlalu banyak untuk aku luah rentetan yang terjadi. selama dua thn aku berkelana di daerah ilmu ini, hati dan perasaan aku berkecamuk dengan pelbagai rasa. sungguh terkadang aku mampu berlagak sok tenang sedang hati amuk dan badai. siapa pun boleh sok tenang dan gembira. dalam hati dilanda badai tak siapa tahu kecuali Dia.selama dua tahun, dua tahun ini emosi aku dicabar pelbagai benda. kadang aku kagum. sejauh ini aku kuat. jadi tak salah untuk aku terus bertahan. setahun lagi. aku sendiri tak pasti. malang merantai aku dalam hubungan persahabatan atau aku yang menjadi punca semuanya. bila ditilik disoal sekeliling aku tahu seperkara yang mana itu kelemahan aku. manusia khilaf itu aku.

seharian aku dengan kenalan lama yang entah bagaimana dan apa punca dia jauh aku tak pasti. alhamdulillah aku punya ruang dan peluang untuk bersama dia. dengan jujur dia mohon maaf pada aku kerana ayat  yang dia bakal katakan pada aku itu sungguh mungkin ibarat menikam hati aku sendiri. dia katakan pada aku kalau aku kelihatan seakan dipergunakan oleh mereka- mereka. aku tak pasti sejauh mana fikir dia hingga mengatakan itu kepada aku. dia menyapa aku tatkala aku dirundung kekusutan bersama mereka. aku tak tahu apa lagi yang mereka mahu. sedaya upaya aku ini menjaga hati mereka.cuba sayang mereka. tapi kelihatannya kasih itu tak dipupuk elok. aku redha. tapi pada saat aku dikatakan terlihat seakan diperguna, aku dirasuk untuk kembali mengimbau jalan-jalan lalu yang aku ambil. mungkin ada benarnya.

jalan baru yang aku pilih semenjak semester lalu bukan aku fikir dan kuatkan hati sehari dua. tapi hampir setahun. aku tak punya kekuatan tetapi Allah meniupkannya pada aku. dengan nikmat dan kasih Allah aku mampu sejauh ini melewati jalan baru ini. masih banyak khilaf dan kurang aku. mungkin kerana aku lebih memilih untuk berdiam diri dan menurut sahaja angin yang datang. mungkin kerana itu. dia mengatakan kalau sikap aku itu menjadi tiket mereka perlakukan aku begitu tanpa sedar. aku tak pasti sejauh mana ia benar. aku redha. itu bahagian dari jalan yang pernah aku lalu. jatuh bangun aku saat lewat jalan itu, tak pernah aku lupa. bahkan itu yang menjadikan aku yang hari ini. kau bersyukur punya insan lain yang sudi memberi kasih dan semangat untuk aku terus melangkah.

bohong aku tak pernah jatuh. bohong aku tak pernah menangis.bohong aku tak pernah luka. sehingga kini aku diuji. aku redha. mungkin mereka memang azali begitu. siapa aku persoalkan ciptaan Allah begitu.sedang kau juga banyak kurang dan khilaf. Allah. aku punya mak, ayah, angah, achik ,adik yang sentiasa memberi kasih dan semangat untuk aku. mereka saksi jatuh bangun aku.mereka saksi buruk kurang aku. mereka saksi sukar dan lelah aku saat melalui jalan ini. kadang aku seakan tak percaya sejauh ini aku lewat jalan ini. aku syukur. syukur sesungguhnya aku sudah berada dalam jalan yang aku benar2 inginkan dulu. aku cari redha Allah dan keluarga. jika sekeliling turut mendoakan dan meredhai jalan ini maka aku lebihberlapang hati dan fikiran. lebih bahagia aku melalui jalan ini. bukan mudah. semua orang yang aku jumpa untuk minta mutiara kata dr mereka ttg jalan ini pesan mereka perkara yang sama.

semakin jaiuh aku berjalan. semakin aku mengerti kebenaran dan ujian lain yang bakal mendatang. moga Allah kuatkan aku. moga hati dan diri ini terus kuat melangkah. inshaAllah , amiinn

Wednesday, November 27, 2013

separuh perjalanan kembara mencari ilmu :)

assalamualaikum. moga Allah limpahkan rahmat buat yang lalu lintas...heee
lama sangat-sangat tak kemas kini blog ni. kesibukan yang melanda belakangan ni menghalang jari terus menaip seperti selalu :) alasan lagi kan?

seperti tajuk entri atas :) ya hari ni nak cerita tentang perjalanan sepanjang saya bergelar murid :P
syukur kerana cinta saya terhadap ilmutak pernah hilang malah semakin subur dari hari ke hari...mungkin juga kerana persekitaran membesar dan asuhan ibu dan ayah yang senantiasa ingin saya dan adik beradik yang lain sentiasa dekat dengan ilmu. ilmu kan universal. nak makanpun perlu ilmu kan? ok lapar!! haha

sepanjang bergelar mahasiswi dalam bidang yang tak disangka-sangka hampir 90% kehidupan rutin masa dulu-dulu berubah :) alhamdulillah banyak yang saya belajar. saya akui sepanjang dua tahun ini saya melewati jalan yang sukar. mungkin sukar itu tidak sama dengan sahabat yang lain tapi saya bersyukur didukung dan diiringi dengan doa dan semangat daripada keluarga dan guru-guru yang banyak membentuk dan memberi ilmu buat saya. bernilai sangat. masalah kewangan itu lumrah apatah lagi bila berjauhan dengan keluarga..walaupun rumah keluarga dekat sahaja tapi saya disuruh berdikari sendiri. banyak yang saya pelajari sewaktu bersendiri. di sini saya kenal banyak ragam manusia. di sini saya peroleh ilmu yang mungkin tak dapat saya peroleh jika saya tidak memilih jalan ini.takdir Allah sungguh indah dan penuh hikmah.

kesal? tak pernah saya merasa kesal bila memikirkan saya sekarang bergelar mahasiswi dalam jurusan bahasa melayu gunaan. walhal dahulu cinta separuh nyawa kononnya nak bahasa melayu linguistik :)  barangkali kalau saya dicampak ke kursus kehendak saya mungkin saya tidak mampu jalani hidup sebaik ini. alhamdulillah kehidupan saya semakin membaik walau ada dugaan yang sekali-sekala datang menjengah. nama juga manusia harus ada ujian baru terkesan hati kita, baru tahu tinggi rendah iman kita dan baru tahu diri kita ini bagaimana...

insan yang singgah dalam hidup saya sungguh ciptaan Allah yang indah. setiap seorang punya sikap sendiri. kadangkala ada juga perbalahan yang merebak menjadi teruk.bohonglah kalau tak diuji begitu. saya redha tatkala didatangi insan-insan yang menguji hati dan diasak dengan karenah luar jangkaan...mereka ini mengubah saya..menjadi lebih baik...saya belajar mengisi lompong yang ada dengan hikmah yang saya dapat.

hari ini, saat ini, detik ini, saya masih melewati jalan sama yang ditakdirkan untuk saya..saya masih berusaha biar akhir nanti saya peroleh apa yang saya inginkan yakni segulung ijazah. bukan untuk diri saya semata- mata tetapi buat insan-insan yang saya cinta. ini hadiah buat mereka. bagaimana susah dan perih pun akan saya tempuh juga. cinta mereka yang setiap saat tak pernah surut menguatkan hati dan jiwa saya. mereka menyakinkan saya pada rahmat dan kasih Allah. saya lihat betapa benar dan telus kata-kata itu. sehingga saat ini saya masih mengisi lompong yang ada dengan sehabis baik dan daya yang saya upaya. saya ingin biar diri ini terbentuk dari hati dan jiwa yang penuh cinta dan kasih pada pencipt, agama dan insan-insan yang saya cinta. saya ingin setelah punya apa yang saya inginkan, saya mampu memberi sesuatu buat keluarga, sahabat, insan-insan yang pernah dan akan hadir dalam hidup saya. paling utama saya ingin membina diri dan jiwa saya biar nanti saya mampu memberi sesuatu buat sekalian mereka yang cintakan Allah, Rasul dan Islam. kerana darmereka yang luhur cintanya terhadap Allah,Rasul dan Islam saya belajar banyak perkara. saya melihat banyak perkara.

syukur dan berterima kasih. moga setiap saat tak pernah pudar niat itu dari hati kecil saya. sungguh saya ini punya cita besar tetapi jiwa dan kudrat kadang tak terupaya.kadang saya leka.kadang saya tersasar jauh dari apa yang saya impikan. moga Allah beri petunjuk buat saya. Moga saya peroleh redha Nya dan redha ekdua orang tua saya. moga doa dan nasihat yang selama ini saya peroleh terus mengalir dalam jiwa dan hati saya biar tak goyah apa yang saya hasratkan. Allahumma Ameenn.

alhamdulillah,yeay terlaksana sudah rindu saya pada laman ini :)
assalamualaikum.doakan saya hamba penuh khilaf agar bisa menjadi lebih baik dan mampu melunaskan cita saya. doakan agar nanti saya bisa memberi sesuatu yang bermakna buat kita semua. itu doa saya.niat saya.harapan saya :)ameenn..sayang anda :)

Saturday, May 18, 2013

semester ini...

assalamualaikum...lama tak menaip di blog yang berhabuk lagi kusam ni ... :P
ouh sangat banyak ujian dan dugaan yang aku lalui. dan alhamdulillah sakit itu tak mampu mengatasi nikmat dan hikmah yang aku peroleh.

semester ni diuji dengan subjek yang sangat aku cuba elakkan. hah bahasa tunggang langgang. ampun.
yup semester ni banyak subjek bsness..budak bahasa nak berjinak dengan subjek bsness? ouh memang tak mustahil tp menguji diri. i'm doing my very best to understand all those chapter yg sgt menarik lg cantik.ahah.

again the same problem, mereka-mereka yang gemar memberi aku masalah dengan perilaku yang pelik lagi aneh. terganggu fikiran aku. sampai satu tahap, aku menjadi seorang yang sangat tidak beremosi...blurr habis...hahah lagi marah mereka tatkala melihat wajah begitu. since when i can do that kind of reaction pon tak tahu la...asalkan mereka bahagia...heh

oh, hari ni genap sembilan hari pemergian arwah tokwan..my only tokwan lepas arwan tokwan belah mak meninggal when i was 16 y.o...dan aku tak punya rezeki untuk melihat pemergian tokwan. aku tahu bila ayah call elok je lepas aku smpai bilik utk rehat before pergi kelas petang tu pulak. aku menangis dan menangis...tak percaya...seorang diri...family yang lain terus balik kampung. aku? ujian dan asgmnt menanti...sminggu yg penuh dgn ujian dan asgmnt... aku redha...ada hikmah...ya..banyak hikmah yang aku dapat..ak sedar akan itu...semoga tokwan tenang di sana..doa aku sentiasa mengiringi pemergian insan2 tersayang. al-Fatihah... on that day, tak de yang tahu..semua ingat aku sakit...macam mana aku punya kekuatan itu aku tk pasti. syukur pada Allah..walau teman2 punya karenah macam2 tp mereka ada menguatkan aku. semua kenangan indah pasti akan terus aku ingat...so that one fine day, aku boleh kembali bercerita bahwa aku punya insan2 yang sgt memberi erti dalam hidup aku.

ohhh saat ni, aku rindu dgn dua makcik kesayangan aku...cik izni dan cik mus...lama tak jumpa..macam mana la aku boleh cinta mati dgn diorg...bila aku ada masalah, kenangan dgn diorang buat aku kuat...kalo jumpa rasa nak cubit2 ngan peluk diorg...nk tgk muka diorg puas2...nk sembang dgn diorang smpai lenguh mulut...nk gelak2 dgn diorg smpai perut sakit...agak2 diorg macam aku jgk ke...? itu tak penting sbb yg aku tahu aku ikhlas dgn diorang...sbb? smpai skrg xprnah jmpa lg manusia mcm diorg...haih

penat menaip dah...nk smbung study..hehe..

assalamualaikum..moga kalian, yup walau siapa pun...sentiasa dirahmati kasih dan cinta Allah...ameenn..

Monday, January 14, 2013

randomness~

assalamualaikum :))

tadi siang before lunch, sempat called mak... mak told me that tok on diet...what?
ok, seriously aku terkejut...mak ckp org herbalife told tok yang kolestrol tok tinggi...setakat 21 tahun hidup, tok sgt menjaga kesihatan..all of sudden, org yg tak bertauliah dtg bgtau tok benda2 ilusi mcm tu...makcik told mak that tok lost a few kg's....hey kesian tok orang...pergi klinik check...normal pulak..alhamdulillah...harap2 tok stop diet tapi masih berhati-hati dlm pemakanan dan rutin harin...
:( aku ni yang makin sihat dan riang menambah berat badan..aduh :P

td after maghrib, called mak again sebab angah tanya sumthin...ohh aku memang ta retiberbual dalam phone dgn ayah...heh..tetiba ayah jawab phone then speaking la pulak...ayah guru bi since i was 4y.o....so haha agak gagap membalas...tiba-tiba ayah cakap..."i guess ur uni. really makes u melayu tulen..."..gulp..."gilap2 sikit.."
hahha..kan dah kena...bukan mkin lupa..cupa makin berkarat je...sejak masuk uni, xpernah jumpa kaum lain :P bile speaking dikatanya aku show off  T_T sedih betul...


kebelakangan ni, rindu kat arwah tok n tokwan..mungkin sebab sampai detik akhir ...ke liang lahad aku turut serta kot...macam layar memori pulak jadinya...takut mengenangkan dosa yang aku dah buat,sedih mengenangkan diri yang masih jauh kurang amalan dan ilmu...rindu mengenangkan insan2 tersayang...

got to go...last paper :) semoga dipermudahkan..semoga kejayaan dunia dan akhirat milik saya dan kamu :)

Thursday, January 10, 2013

randomness

assalamualaikum :)

random talk about what happen for this past few month :)

sebagai pelajar bahasa yang meletakkan sepenuh cinta dan kasih pada bahasa Melayu, aku rasa bahasa inggeris aku makin terkubur.nasib ade mighaaa..she luv english so much..bila marah confirm ckp omputih habaq kat hang.dasyat orang langkawi nih. die la yang menemani aku mengasah kembali skill berbahasa inggeris aku. nasib jugak ayah and brothers suke sembang-sembang feeling-feeling omputih..haha..well dr tdika ayah memang paksa anak-anak dia start to speak in english..bukan lah suruh aku lupa bm..imbangkan ~ lg pulak keliling aku payah sangatla nk speaking sbb tanggapan aneh mereka..heh lantaklah..kadang tu meroyan membebel sorang-sorang dalam bilik.sadis sungguh...

sesi hafazan plak lagilah :) haha...sebabkan koko. aku bawah pusat pemikiran islam jadi kenalah finalnye pon islamic kan ;) jnji ngan ustaz buat kat masjid waktu zohor. tapi ustaz  
hilangkan diri katanya ada hal. padahal aku sampai je kat masjid dengar akak-akak kakitangan masjid cakap ustaz pi pc fair..ceh..muka tak bersalah je ustaz nih..time kiteorang terlambat mai klas koko kemain lagi ustaz tazkirah.tapi takpe sebab ustaz ni boleh layan kegilaan budak-budak yang lebih kurang umo die je.haha.yang tak boleh tahannya, time aku duk melilau ke hulu ke hiliaq depan pintu ofis, boleh pulak tak nampak ustaz tu duk perhati je aku dengan kawan aku depan pintu...kemain lebaq ustam tu sengih tengok tindakan kami yang ntah apa-apa tuh..nak tanya malas sudahnya melilau je.dah puas die duk bahan kami baru la nak dengar hafazan..haih ustaz nih,malu kami  tau.. tapi Alhamdulillah hafazan aku lancar.pasni boleh jadi hafizah hafaz quran..hehe..inshaAllah...

girls talk~ sepatutnya jam 1pg tu ,aku dgn classmate study n buat revision.tpp tiba-tiba jadi loves talk pulak =.= ini sindrom yang melanda banyak kawan-kawan aku..aku? hey mesti la terkena sekali..haha.kena buli ade la sebab aku macam buta tuli sikit bab ni.soalan cepumas tala kat aku.soalan senang-senang diorang jawab..haih.lg tak patut sebab aku zero bab ni,diorang membahan aku tahap maksima punya. lagi diorang bantai gelak bila duk bayang siapa bakal suami aku..heh..ape punya orang nih? boleh lepas mention "cuba bayangkan sejenak bagaimana rupa imam a.k.a suami sha..." pastu ketawa sampai tepuk2 meja...semua orang lalu tengok je...dah kenapa anak dara semeja macam orang hilang pedoman nih.malu sumpah malu...tabiat diorang bila nampak yang cantik menarik da boomb, mesti mention nama aku pastu ajaq aku usha2 org.hey macam dah xde benda lain aku nak buat..tepi jalan pulak tuh.lagi best dekat masjid =.=''
tapi bila fikir balik kelakar la sebab diorang ni luar kawalan :P

sesi pujuk memujuk~ lately, aku macam gilakan tudung akel dgn big long shawl...chantek kan...? harga pun not bad..sebab hujung semester ni macam semput sikit :p mulalah mengayat ayah ngan mak..adik yang paham nawaitu aku yang kelabu tuh terus cakap u better stop it...dont even dream to pujuk ayah to give u money. lagi kejam, die siap kata nak remind ayah yang there's lot more stuff to buy n pay...my nawaitu is not that important...wey apsal kejam nih.bila akk mu pakai tudung singkat kecik jarang mu bising kata aurat mu kena jaga sebab nti habis adik2 aku plus ayah kena masuk neraka =.='' Allah..thanks to him coz always remind me..this few month, i started to do new things yang bawa diri lebih baik :) hope boleh istiqamah.but again, y u halang ayah mengasihani akk mu yang nak all those scarf? kejam weh...still takkan putus asa :P
alangkah bagus kalau aku terus bersemangat stdy tanpa selitkan aktiviti xbtul macam sekarang ni...haih..

oh well, randomness talk kena berhenti di sini..banyak lagi benda merepek yang jadi tapi tak tergamak nak cerita.nanti pengsan kalau orang tau.

:) dua kertas lagi sebelum cuti dan menggila :) weeehooo...
oh ya, my dear ms. MBA , sanah helwa :) sayang hang ketat-ketat. :)

Friday, January 4, 2013

bertebaran tanpa tujuan

bertebaran Allah beri pelajaran buat kita,
setiap inci hamparan bumi jadi kamus bernyawa...
setiap yang Allah cipta itu sungguh ada wajaran disebaliknya...
ciptaan yang wajar kita renungi dan hadam...
biar ligat minda berfikir...
agar peroleh sesuatu yang berguna...
malang dan sedih...
tatkala yang diharap tak jadi...
yang dipinta agar dijauhkan jadi nyata...
mungkin buta pancaindera serta jiwa...
atau bongkak dan ego jadi sang guru...
tak nampak yang jelas,
apatah lagi yang terselindung...
yang jernih terlihat keruh,
yang putih terlihat hitam,
yang mudah dilihat rumit,
segalanya berantakan...
angkuh dan malas kuasai hati dan diri,
hati terus berbalut noda yang tak tahu bila kan terpadam...
melangkah menongkah arus hidup...
setiap langkahan tidak punya sebab dan matlamat...
tak tahu mana awal mana akhir...
tak kenal mana hujung mana pangkal...
akhirnya tak tahu tujuan sebenar setiap perbuatan kita...
semborono bertindak tanpa haluan...
bila dikunjung ujian...
tak tahu solusi..
tak mengerti mencari puncanya..
tak kenal sebab hadiah berbentuk ujian mendatangi diri...
mula menuding jari padaNya dan sekalian makhluk...
seolah kita suci..
seolah-olah kita ini manusia tanpa cela...
walhal kita ini penuh palit dosa dan khilaf...

Allah :'(  jauhkanlah dari hati dan diri yang serba kekurangan ini...ameenn.

Tuesday, January 1, 2013

berjalan tanpa haluan...

mimpi itu menyedarkan aku kalau selama ini setiap inci jejak yang aku orak tanpa tujuanyang utuh..Allah..terasa ingin menangis sekuat hati...menilai kembali apa yang aku lakukan...apa yang aku putuskan dalam terus meniti kehidupan ini..Allah ...syukur hadir mimpi itu..walau mimpi itu mengundang resah tak terkira...walau ia mengundang ngeri tidurku..aku bersyukur..disebaik mimpi itu,ak kembali merefleksi diri aku...mula mencari jawapan dengan setiap apa yang aku putuskan...dari situ juga aku temui yang hitam dan yang putih...

hari ini bermula detik baru,kalam akan terus terukir..harapan aku biar diukir dengan cinta dan kasih abadi...bukan yang lalai dan lagha...doa aku agar jejak aku bermula detik ini disulami apa yang disukaiNya bukan pula yang dimurkaiNya..Allah...

semoga setiap saat tatkala aku menghela nafas di bumi ini, segalanya untuk Mu Allah...permudahkan urusan ku,berkati dan rahmatilah aku serta orang-orang yang aku sayang...tetapkanlah hati ku hanya untuk Mu...

saat ini mungkin perlu aku biar berlalu semua kenangan yang hanya menghenyak fikir dan hati aku..sungguh aku berserah pada Mu...hanya pada Mu...

~ mak,ayah,adik-adik....terima kasih terus setia berdiri disisi dan menyokongku...terus ada meniup semangat padaku...semoga kalian dilimpahi barakah dan kasih sayangNya...doaku sentiasa ada untuk kalian :) sungguh kalian cinta kedua aku setelah Allah,Rasul dan Islam...

~saatemosidiamukpelbagaipersoalanlahirtintaini~