Monday, January 10, 2011

kerana semalam

semalam,
bahagia berganti duka....
hilang sirna....muncul pilu....
kiranya bahagia itu milik aku,
anggapku duka tiada,
anganku diapung gembira....

semalam,
noktah bermula....
tiada lagi cahaya....yang ada cuma titis duka....
salah aku yg hanya inginkan kesempurnaan,
salah aku yg cuma memandang putih,
bodohnya aku kerna tidak mengerti sisi hitam....

semalam,
berakhir sudah mimpi indah,
tiada lagi senyuman,
tidak mampu mengukir bahgia...
hanya kerana semalam....

semalam,
memori pahit yg makin kelam...
makin pahit,makin pedih....
hanya kerana salah aku,
cacat kesempurnaan yg cuba dicipta...
goyah segala tembok yg cuba diteguhkan...

kerana semalam,
belajarlah hati ini sebuah arti yg benar dan berbeda,
kerana semalam,
hidup ini dimengertikan sebagai calitan variasi rasa,
kerana semalam,
aku belajar bangkit dari kedukaan,
bangun bertatih mencari sirna yg abadi,
kerana semalam,
hati ini mula belajar mengahadapi segala gentar,

hari ini,
aku sadar kalau semalam adalah guruku,
yg memberi aku sirna,
menghangatkan nirmala,
meneguhkan jiwa,
peniup semangatku,
pelita duniaku,
kerana semalam,
segala palitan karma aku hayati seindah mungkin.....

~coret, cik aksara :) ~

No comments: