Monday, April 16, 2012

buka hati :)

assalamualaikum...semoga sahabt2 tersayang sihat :) eh ade ker ? :P
post ini dihasilkan pada hari isnin.namun gara-gara virus malas melanda, terkurunglah karya ini...


hari ini agak kelapangan sebab kelas cuma pada sebelah pagi sahaja...eh?masih penat yer dengan barisan kerja2 yang menunggu untuk dibongkar dan difahami...semoga semuanya mampu disiapkan mengikut janji :)

saat ini tiba2 tiba teringat tentang ungkapan pensyarah subjek pemikiran saya...gara-gara mengkhatamkan majalah GEN-Q yang sudah terperam sejak sekian lama...kebiasaan yang sukar diubah..beli dengan niat nak baca tapi akhirnya tersusun cantik atas rak..hoho..

oh yer ungkapan yang disebut dan ditekankan kepada saya ialah "bukalah hati anda :) " ......herm apa maksudnye tuh?

bagi saya sendiri bukalah hati itu sendiri merangkumi perlbagai aspek dan cara.untuk kali ini saya lebih gemar mengaitkan dengan persahabatan.setiap orang pasti punya sahabat.yang membezakan kite cuma nawaitu dalam bersahabat..kalau nawaitu itu ke arah agama dan Lillahitaala...insyaAllah akan kukuh sehingga ke akhir hayat hendaknya.kalau yang biasa2 atau sekadar peneman hidup atau pelengkap hari anda maka begitulah jua yg akan trjadi.sebetulnya apa jua yang berlaku dalam hidup kita itu merupakan sebahagian dari pemanis hidup...bila berakhir setiap halangan itu maka di situlah baru terasa manisnya bersusah dan mengkusutkan perasaan dan fikiran.

dalam persahabatan,tiada istilah lengkap atau anggapan negatif.buruk bagaimana pun sikap atau perilaku sesorang itu,belajarlah menerima.paling teruk,jika tak mampu membendung rasa yang semakin berbalam di hati,silakan berdiskusi bersama dari hati ke hati.itu lebih baik,bagi saya sendiri,menyimpan ketidakpuasan hati hanya mengundang amarah,menyemai benci dan memancing dendam sahaja.mana lebih baik...? pada saat kita berterus-terang atau pada saat kita melihat dan menyimpan rasa seorang diri?

dalam persahabatan adalah tempoh sesuai kita membuka hati kita.membuka hati di sini bermakud belajar menerima atau menghargai apa yang diberi atau datang pada kita...mungkin sukar untuk terus membuka hati untuk menerima dan toleransi...namun di situlah terletaknya rasa sayang dan bertanggungjawab kita terhadap sahabat.apabila hati kita dibuka dengan seikhlasnya, persahabatan yang trjalin itu berlandaskan perasaan yang ikhlas dan ddiredhai Allah.sebesar mana khilaf atau kekurangan yang ada pada diri setiap teman pasti bisa ditelan...tak kira la sesukar,seperit atau seburuk mana pun seorang teman itu..

saya sendiri masih belajar membuka hati saya untuk ukhuwah yang terjalin.saya akui mulut saya terkadang melampaui batas..kadangkala mengguris hati kalian,teman2 tersayang.namun ketahuilah betapa kesal selepas kejadian itu berlaku.betapa menyesal nya kerana terlanjur kata.betapa bimbang jika ukhuwah terhenti.....sejujurnya saya menginginkan sejerneeh dan setulus persahabatan...namun saya hanya manusia serba kurang..

maaf dan terima kasih....
ayuh buka hati mu :)
biar sukar ranjau dilewati,asal akhirnya bahagia menanti :)

No comments: