Saturday, June 30, 2012

masalah?

assalamualaikum.. yup agak lama tidak menjengah kerana sibuk dgn final exam dan asgmnt...siapa kata untuk hidup ini senang? siapa yg kate itu saya tabik springg :)

dalam hidup ini tidak akan seorang pon hamba di hamparan muka bumi Allah ini yg tidak dikunjungi masalah dan dugaan...dari siapa? dari pencipta kita la sayang....setiap yang berlaku itu ada mesej disebaliknya..kadang-kadang kita ambil masa untuk memahami apa sebenarnya yg berlaku dalam hidup kita.sepanjang proses memahami itu, kita akan melewati pengalaman demi pengalaman yang mengajar kita untuk lebih kearah yg lebih baik..kalau yg terdorong ke arh kurang baik itu maka saya sendiri kurang mengerti...

analoginya,kenapa perlu di sekolah dan di universiti bahkan pekerja kerajaan pun diberikan ujian..? pastiuntuk mengukur tahap kemampuan mereka dalam apayg mereka kuasai atau pelajari..kalau tak tak berguna la tempat seperti universiti,pangkat-pangkat dan lain-lain kan?begitu juga dgn ujian yg datang dalam hidup kita..Allah ingin menguji sejauh mana kita mencintai,mengingati dan memahami apa yang Allah inginkan...cara Allah lebih mudah..tiada paksaan...itu mendidik hati untuk sentiasa ke arah yg baik...Allah memberi kita ujian untuk mengujitingkat keimanan kita..sejauh mana kita mencuba untuk memperbaiki hati dan iman kita..sejauh mana kitamembentuk cinta akan islam dalam diri kita..kalau wajah pun kita akan sentiasa cuba molekkannya masakan soal agama tidak kita cuba molekkan..

saya tidak menulis untuk mengkhabarkan bahawa saya ini baik..tidak...tetapi itu sebagai peringatan untuk saya...saya manusia yang hatinya sentiasa mudah dihinggapi perkara kurang baik...dahulu saya sering mempersoal mengapa sebegini rupa saya diuji..tetapi pengakhirannya saya mengerti.

dalam hidup kita,tidak ada satu pun yg terlepas dr ujian Allah..yang berbeza cepat atau lambat...baruusai melihat vlog matluthfi ttg masalah..yup..die benar..tak akan ada org hirau kita...mahu atau tidak mahu,diri kita lah yg perlu digerakkan utk menyelesaikan masalah ygdatang..takkan ada satu mslh pun dlm dunia ini tiada solusi kerana ALlah mencipta penawar sebelum masalah ...jadi kenapa perlu risau? saya sendiri sering risau bila dirundung masalah..seakan-akan saya seorang shj punya masalaah..sedgkan saudara di negara lain lebih serius masalahnya...bersyukur adalahkunci utama..kemudian jgn putus asa..setiap masalah itu ada kenikmatan tersendiri...contoh asgmnt...kalaukita tak melalui kepayahan mengumpul bahan dan memahami setiap bahan yg kita kumpul mana mungkin terhasil jawapannya..jika difikirkan lagi,proses mgumpul dan memahami mmg lama,sukar tpsecara tak langsung itu mendidik kita utk sabar,teliti dan sebetulnya itu adalah saluran kita memperoleh ilmu..:)

oh siti...didik hatimu utk terus brsabar dan kuat..akan ada kemanisan setelah kesukaran..seperti pelangi yang muncul setelah hujan...

No comments: